Wednesday, December 22, 2010

Abhisit tamatkan darurat di Bangkok

| Wednesday, December 22, 2010 | 0 comments

BANGKOK: Thailand akan menarik balik perintah darurat yang mula dikuatkuasakan di Bangkok lapan bulan lalu, kata Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, semalam.

Katanya, situasi semasa menunjukkan darurat tidak diperlukan mengawal keadaan.

Bagaimanapun, Abhisit berkata, kerajaan masih bersikap berjaga-jaga dengan perkembangan politik yang dianggap sesetengah pihak boleh kembali mencetuskan huru-hara pada bila-bila masa.

“Kerajaan akan terus mengekalkan kuasa yang ada menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya.

Digubal pada 2008 ketika Thailand bergolak dengan protes antikerajaan, akta itu membolehkan pihak berkuasa menahan seseorang tanpa dihadapkan ke mahkamah sehingga tujuh hari.

Ia juga membenarkan perintah berkurung dan mengehadkan pergerakan jika didapati keadaan memerlukan. Darurat diisytihar di Bangkok selepas kumpulan Baju Merah mengadakan protes besar-besaran di bandar raya itu April lalu. - AP

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com