Aktor handalan Bollywood nyata risau imej seksi aktres
MUMBAI: Legenda filem Bollywood, Amitabh Bachchan, menghancurkan impian aktres seksi, Mallika Sherawat, apabila menolak untuk berganding dengannya dalam sebuah filem.
Amitabh enggan muncul bersama Mallika dalam filem terbaru arahan Kushan Nandy yang belum diberi nama.
Mallika memberitahu pengarah itu kesediaannya berlakon tetapi dengan syarat Amitabh atau ‘Big B’ turut membintanginya.
Tetapi, Amitabh mungkin keberatan untuk melakukannya selepas diminta oleh isterinya, Jaya supaya mengelak bergandingan dengan aktres ‘Hisss’ itu.
Ketika ditemubual dalam program ‘Koffee with Karan’, Mallika yang mengakui amat meminati Big B menyatakan bahawa gerak perlahan Amitabh adalah imej paling seksi legenda filem itu baginya.
“Nampaknya, Amitabh tidak mahu terperangkap dalam kontroversi baru menyebabkan Kushan perlu mencari aktres lain untuk berganding dengan Amitabh,” kata sebuah laman web hiburan.
Atas sebab itu, ada yang berpendapat bahawa imej seksi dan berani Mallika mungkin faktor menghalangnya berlakon bersama Amitabh.
Dalam kerjaya lakonan Mallika, dia pernah berganding dengan Jackie Chan di Hollywood dan aktor tidak terkenal termasuk Rahul Bose, KK Menon, Ranvir Shorey dan Paresh Rawal.
Bagaimanapun, tiada filemnya yang laris di pasaran kecuali dalam penerbitan yang menunjukkan aksinya bercium dan beraksi dalam bikini.
Apapun, semua itu mungkin tidak penting bagi Mallika yang terpilih untuk menjadi juri tarian dalam program realiti, Chak Dhoom Dhoom. Turut serta sebagai hakim program berkenaan termasuk koreografer, Terrence Lewis.
Ketua stesen televisyen Colors, Ashrini Yardi, berkata. “Ya, Mallika Sherawat sudah menandatanganinya untuk menjadi juri. Baguslah dia adalah dalam rancangan ini.”
“Dia berjaya menarik perhatian penonton dalam lakonannya dalam filem jadi tiada alasan mengapa dia tidak mampu melakukannya di televisyen.
“Kali ini kami dapat mengadili kumpulan penari dari Amerika Syarikat, Britain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Jadi, kami akan dapat melihat program itu lebih besar dan meriah,” katanya.
Antara bentuk tarian yang perlu dilakukan termasuk Cha Cha Cha, Bhangra, Hip Hop, Salsa, Ballet, Tango, Waltz, Jazz, Robotics, ‘Locking Popping’ dan ‘Lavni’. – Agensi
Siapa musuh utama kita?
14 hours ago
0 comments:
Post a Comment