Friday, December 3, 2010

Hutang negara terkawal

| Friday, December 3, 2010 | 0 comments

KUALA LUMPUR: Hutang luar negara Malaysia pada akhir September lalu menurun kepada RM227.5 bilion atau 30.3 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK), kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Katanya, ini berbanding RM233.1 bilion atau 35.1 peratus daripada PNK pada akhir tahun lalu, sebahagian besarnya mencerminkan penurunan jumlah hutang luar negara jangka sederhana dan panjang.

Kejayaan Malaysia mengekalkan hutang negara di paras yang terkawal dan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan kadar hutang, akan memastikan kekukuhan ekonomi negara dalam jangka panjang. Prestasi kewangan negara akan terus dirancang, dipantau dan dikawal dengan baik serta bertanggungjawab. Paras hutang akan terus terkawal pada jangka masa sederhana dan panjang," katanya menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Lim berkata, hutang luar negara Malaysia daripada hutang jangka sederhana dan panjang bagi Kerajaan Persekutuan, Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK) dan sektor swasta, serta hutang jangka pendek sektor perbankan dan swasta.

Katanya, hutang luar negara jangka sederhana dan panjang berjumlah RM146.8 bilion atau 64.5 peratus daripada jumlah hutang luar negara.

Daripada jumlah itu, katanya, hutang sektor awam ialah RM84.1 bilion dan hutang sektor swasta RM62.7 bilion. Daripada jumlah sektor awam, hutang oleh PABK ialah RM67.7 bilion.

Hutang luar negara jangka pendek berjumlah RM80.7 bilion dan mencakupi 35.5 peratus daripada jumlah hutang luar negara. Tahap hutang luar negara jangka pendek ini masih terkawal dan hanya 26 peratus daripada rizab antarabangsa. Sebanyak 87.5 peratus hutang ini adalah oleh sektor perbankan.

Hutang luar negara Kerajaan Persekutuan sudah berkurangan daripada RM39.8 bilion pada 2006 kepada RM13.8 bilion pada tahun lalu. Pada akhir September lalu, Kerajaan Persekutuan mencatat hutang luar negara sebanyak RM16.4 bilion berikutan penerbitan sukuk global berjumlah US1.25 bilion pada Mei lalu

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com