Wednesday, December 1, 2010

Iran salahkan Israel, Barat

| Wednesday, December 1, 2010 | 0 comments

TEHERAN: Presiden Iran semalam menuduh Israel dan Barat bertanggung jawab terhadap serangan yang menyebabkan seorang saintis nuklearnya terbunuh dan seorang lagi cedera kelmarin.

Bercakap pada sidang akhbar di Teheran, Mahmoud Ahmadinejad juga mengaku buat kali pertama bahawa cecacing komputer telah menjejaskan pengempar dalam program pengayaan uranium nuklear negara itu. .

Bagaimanapun, beliau dan pegawai Iran lain berikrar bahawa program nuklearnya tidak akan terganggu dengan apa yang mereka sifatkan sebagai kempen untuk mesabotajnya, baik menerusi pembunuhan atau virus komputer.

Amerika Syarikat dan sekutunya menuduh Iran berusaha menghasilkan bom nuklear, dakwaan yang dinafikan oleh Teheran.

Dua serangan bom kelmarin berlaku apabila penyerang yang menaiki motosikal melekapkan bom pada tingkap kereta dua saintis nuklear Iran ketika mereka memandu ke tempat kerja di dua lokasi berasingan di Teheran.

Bom itu meletup tidak lama kemudian, menyebabkan seorang saintis terbunuh dan seorang lagi cedera.

“Tidak syak lagi rejim Zionis dan kerajaan Barat terbabit dalam serangan itu,” kata Mahmoud kepada wartawan.

Naib Presiden, Ali Akbar Salehi, ketika muncul di televisyen tidak lama selepas itu berkata: “Mereka (musuh Iran) tersilap jika menyangka pembunuhan itu akan menakutkan kita.” Di Tel Aviv, jurucakap rejim Zionis, Mark Regev, ketika ditanya mengenai tuduhan Iran itu berkata, rejim berkenaan tidak mengulas mengenai hal seperti itu.

Di Washington, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, PJ Crowley berkata: “Kami mengecam segala bentuk keganasan, tidak kira di mana ia berlaku.

“Lebih daripada itu, kami tidak mempunyai maklumat mengenai kejadian di Teheran.” Dalam sidang akhbarnya semalam, Mahmoud, ketika mengulas mengenai cecacing yang menyerang program nuklear Iran berkata: “Mereka berjaya mencetuskan masalah terhadap beberapa pengempar menerusi perisian yang dipasang pada peralatan elektronik. “Tetapi virus itu berjaya dikesan dan diatasi.” - AP

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com