JAKARTA: Wanita pertama Indonesia, Ani Yudhoyono dikhabarkan akan menjadi tetamu istimewa dalam majlis pernikahan antara penyanyi terkenal Krisdayanti atau KD dengan ahli perniagaan dari Dili, Raul Lemos.
“Pembantu KD yang menyebarkan undangan. Beliau bertanya, ibu SBY (Susilo Bambang Yudhoyono) berada di mana?” cerita sumber Kompas meniru pertanyaan pembantu KD baru-baru ini.
Sumber itu mengaku tertanya-tanya dengan pertanyaan pembantu KD itu lalu bertanya, “Kenapa”. “Saya mahu menghantar undangan. KD mahu menikah,” ceritanya.
Tambahnya lagi, ia masih musykil dan bertanya lagi kepada pembantu KD. “Kenapa sampai menghantar undangan, ini bukan kali pertama bernikah,” katanya sambil dijawab pembantu KD. – Agensi
Siapa musuh utama kita?
20 hours ago
0 comments:
Post a Comment