Nyanyian pelawak dianggap persenda Islam
ISLAMABAD: Sebuah lagu yang mendalami perasaan ragu-ragu seorang lelaki sama ada akan diterima keluar bersama wanita yang memakai purdah mencetuskan salah faham di kalangan penduduk Pakistan.
Video Burqa Woman (Wanita Burqa), lagu nyanyian pelawak, Saad Haroon yang menggunakan melodi lagu klasik terkenal Roy Orbison, Pretty Women, memaparkan wanita memakai burqa yang pada akhirnya menghantar mesej ‘ya’ kepada lelaki itu tanpa mendedahkan wajahnya.
Walaupun ramai menyukai video yang dihantar ke dalam Youtube yang bertujuan sebagai lawak jenaka, ada pihak yang membantah anggapan wanita berpakaian burqa sebagai mudah bersetuju dengan keluar dengan orang tidak dikenali dan melihatnya sebagai serangan ke atas nilai Islam.
Saad hanya ketawa dengan ulasan pihak membenci lagu itu serta menganggapnya lebih lucu dibandingkan lagu itu juga berkata ia sebenarnya satu pengenalan kepada sebuah rancangan televisyen yang akan disiarkan tidak lama lagi.
“Ini adalah satu rancangan baru yang difilemkan di New York, London, Dubai dan seluruh Pakistan. Ia memaparkan lebih 20 pelawak bercakap mengenai kehidupan dan komedi lebih 13 episod.
“Justeru kami amat teruja mengenainya dan akan berharap ia disiarkan segera,” kata Saad kepada sebuah majalah tempatan.
Namun sejurus selepas Saad memuat naik lagu itu dalam Youtube, individu menggunakan nama ziatabarak menulis: “Ini tidak lucu! Anda memalukan.”
Satu lagi ulasan bertulis, “Anda amat tidak lucu!” Tidak lama kemudian, Saad dituduh mempersendakan Islam dan kepercayaannya.
“Apa hak seseorang untuk mempersendakan agama dan kepercayaannya, wanita ini berpakaian burqa atas kerelaan mereka. Ia bukan seperti mereka ada senjata di atas kepala,” tulis seorang penonton.
Tetapi, beberapa orang lain memuji Saad.
“Beliau tidak mempersendakan nilai Islam, beliau mempersendakan hipokrasi. Ia mensasarkan kesopanan luaran wanita memakai burqa yang secara luarannya sopan namun tidak melihatnya salah dengan bergembira membalas mesej apabila keluar disaksikan umum.”
“Adakah anda dengan jujur memberitahu saya anda tidak kenal mana-mana gadis sebegini sama ada mereka memakai burqa atau tidak.
“Mengapa anda tidak melihatnya sebagai biasa? Sebaliknya satu serangan ke atas nilai ummah,” kata satu ulasan.
Satu lagi komen yang menyebelahi Saad berbunyi: “Ini amat lucu, saya ketawa sambil mengalir air mata. Sistem kepercayaan anda tidak seharusnya musnah hanya kerana seseorang melihat lawak jenaka dalam kepercayaan mereka sendiri. Terima kasih atas sedikit persendaan sosial yang bijak!” – Agensi
Siapa musuh utama kita?
1 day ago
0 comments:
Post a Comment