MELAKA: Malaysia akan mengimport semula daging lembu dari New Zealand mulai tahun depan selepas negara itu mematuhi kembali syarat standard halal ditetapkan oleh kerajaan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Othman Mustapha.
Beliau berkata, pihaknya memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Pertanian dan Penternakan negara berkenaan minggu lalu bagi membolehkan mereka mendapat kelulusan untuk mengeskport semula daging lembu ke negara ini.
Katanya, Malaysia menghentikan pengimportan daging lembu dari New Zealand sejak 2007 selepas rumah sembelih di sana didapati tidak mematuhi standard halal diperlukan.
"Bagi menyelesaikan masalah ini, kita ada menghantar beberapa pegawai JAKIM ke sana sebelum ini bagi membantu rumah-rumah sembelihan di New Zealand mengenai kaedah memenuhi standard halal dikehendaki kerajaan Malaysia.
"Kini mereka sudah membuat penambahbaikan. Jadi, pemgimportan daging lembu dari negara Kiwi itu kini berkuatkuasa semula," katanya selepas merasmikan Forum Halal Mengikut Syariah dan Graduasi Kursus Eksekutif Halal di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh dekat sini, hari ini.
New Zealand, adalah antara negara pengeksport utama daging halal ke Malaysia, selain India dan Australia.
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment