Bekas presiden republik gesa pemain tak cepat mengalah
JAKARTA: Ketua Umum Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDIP) Megawati SoekarnoPutri yang yakin pasukan bola sepak Indonesia dapat mengalahkan pasukan Malaysia dalam pusingan kedua perlawanan akhir Piala Suzuki AFF malam ini, menggesa segenap rakyat Indonesia menyokong pasukan merah putih itu.
“Garuda Harus di Dadaku!” kata Megawati dalam majlis ‘Refleksi Akhir Tahun 2010 dan Pelancaran Buku Memimpin Republik dengan Konstitusi’ di Megawati Institute, Jakarta Pusat, semalam.
Bekas presiden republik itu berharap pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir itu dan menggesa setiap pemain ‘jangan pantang mundur menghadapi Malaysia.’
“Sekarang ini sedang demam bola. Saya berharap dan siapapun juga pasti berharap Timnas (pasukan kebangsaan) jangan pantang mundur,” kata beliau.
Megawati mendedahkan cucunya yang berumur lapan tahun juga sudah pandai memberikan semangat untuk Timnas.
“Cucu saya sendiri yang masih berumur lapan tahun juga bersemangat dalam Timnas. Dari kelmarin saya dan cucu saya berSMS menuliskan ‘Timnas Jangan Pantang Mundur, Garuda di Dadaku, Indonesia Negeriku, Jangan Mau Kalah Sama Malaysia’.
“Itu hebatnya kerana cucu saya masih lapan tahun sudah seperti itu,” kata Megawati dengan penuh bersemangat.
Sementara itu, Presiden Susilo Bambang Yudhiyono pastikan menonton perlawanan berkenaan yang akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) jam 8 malam ini.
Sebagai penyokong nombor satu, Susilo tidak akan ketinggalan menyaksikan laga penting berkenaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Andi Mallarangeng.
"Oh, iya (menonton langsung). Presiden itu suporter nombor satu," kata Mallarangeng apabila ditanya sama ada Susilo akan akan menonton perlawanan itu.
Dalam dua pusingan perlawanan separuh akhir melawan Filipina, presiden itu juga hadir di stadium GBK. Turut hadir, isterinya Ani Yudhoyono dan beberapa menteri, termasuk ketua utama parti Golkar, Aburizal Bakrie.
Pada pusingan akhir perlawanan akhir di Kuala Lumpur Ahad lalu, Susilo tidak hadir, tetapi Mallarangeng, ketua Dewan Perwakilan Rakyat, Marzuki Alie dan Menteri koordinasi kesejahteraan rakyat, Agung Laksono menyaksikan perlawanan itu di stadium Bukit Jalil. – Agensi
Istighasah, boleh ke tak?
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment