Tuesday, December 21, 2010

Najib nafi ciplak konsep 1Malaysia

| Tuesday, December 21, 2010 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1Malaysia diciplak dari negara lain.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai "pendustaan besar", Najib sebaliknya menegaskan konsep yang diperkenalkan sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara itu adalah ciptaannya sendiri.

"Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain... ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini... tetapi tidak ada di dunia ada "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini hari ini.

Dalam nada tegas, Najib berkata, kerajaan melangkah ke hadapan berasaskan kepada realiti dan bukannya sesuatu yang menjadi satu igauan atau yang direka.

"Amat mudah untuk kita buat sesuatu sebagai "politik janji" tetapi apakah perkara itu yang berdasarkan pendekatan yang amat populis akhirnya akan menguntungkan kita atau sebaliknya?," soal beliau sinis. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com