TEHRAN: Pengarah filem Iran yang juga penyokong pembangkang, Jafar Panahi, hari ini dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan diharamkan daripada membuat filem serta tidak boleh meninggalkan Iran selama 20 tahun.
“Panahi dihukum penjara enam tahun kerana didapati bersalah menyertai perhimpunan yang menentang sistem pemerintahan di Iran," kata penguamnnya, Farideh Gheirat kepada agensi berita ISNA. “Hak kekebasannya, termasuk diharam menghasilkan filem, menulis skrip, melawat luar negara dan memberikan temu bual kepada media asing sudah ditarik balik selama 20 tahun," katanya.
Gheirat berkata, beliau akan merayu atas hukuman yang dikenakan ke atas anak guamnnya itu segera.
Pengarah itu menyokong Mirhossein Mousavi yang bertelingkah dengan Presiden Mahmoud Ahmadinejad bermula pada pilihan raya tahun lalu sehingga mengheret Republik Islam itu ke kancah pergolakan politik berbulan lamanya.
Mousavi dan pakatan pembangkang pro-reformasi Iran berkata undi pilihan raya itu dimanipulasi bagi memastikan kemenangan Ahmadinejad namun pihak berkuasa menggambarkan bantahan pembangkang besar-besaran yang meletus selepas pilihan raya sebagai cubaan sokongan asing melemahkan ulama.
Dua menteri kanan Perancis baru-baru ini menggesa Iran membebaskan Panahi supaya beliau dapat menghadiri jemputan menjadi juri dalam festival filem Cannes.
Panahi memenangi Anugerah Camera d’Or di Cannes untuk filem arahannya pada 1995, “White Balloon.” - AFP
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment