SHAH ALAM: PROTON Holdings Bhd bercadang mengeluarkan pelbagai variasi kereta menggunakan enjin Campro turbo tahun depan.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata enjin Campro turbo akan memberi kuasa kuda yang lebih berbanding enjin Campro yang sedia ada.
"Kita yakin banyak pengguna inginkan lebih kuasa dalam kereta mereka. Ini adalah satu aktiviti yang kita telah mulakan dua tahun lalu dan persiapan sudah dibuat dan kereta yang menggunakan engin Campro turbo akan dikeluarkan tahun depan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran bergerak yang mempamerkan kereta Proton terdahulu dan masa kini di sini hari ini.
Festival PROTON 1Malaysia itu akan mengadakan pameran di 11 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia, yang bermula di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini dan akan termasuk sejumlah 180 peserta dan konvoy 60 kereta PROTON yang termasuk 25 kereta pelbagai kereta rasmi kelab kereta PROTON.
Dalam usaha membuat persiapan untuk menembusi pasaran luar negara, Syed Zainal Abidin berkata PROTON akan memberikan penekanan dari segi teknologi dan penjenamaan.
Beliau berkata, ia adalah penting untuk memastikan kereta PROTON sentiasa kompetitif dan relevan kepada pengguna.
Ditanya mengenai pengeluaran kereta hibrid, katanya PROTON sedang berkerjasama dengan kerajaan untuk menghasilkan kereta hibrid.
"Kami akan membina kereta hibrid bagi kegunaan kerajaan dan sebagai permulaan ia akan digunakan di Putrajaya dan Cyberjaya. Matlamat kita akan mengeluarkan (kereta hibrid) di dalam pasaran dan ini mungkin akan mengambil sedikit masa.
"Satu-satunya cara mengurangkan pengeluaran karbon ialah dengan mengeluarkan kereta mesra alam sekitar dan kami ingin memastikan kualitinya baik.
"Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, kami telah melakukan banyak ujian dan pengesahan ke atas kereta hibrid. apa yang jerlas ialah apabila kami mengambil bahagian di dalam Perlumbaan ke London di Brighton. Ia menunjukkan dengan jelas sistem itu berdaya saing dan relevan.
"Kami perlu mewujudkan banyak kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai pentingnya kereta hibrit," katanya. - BERNAMA
Siapa musuh utama kita?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment