KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini memberi peluang kepada pengguna rangkaian sosial Twitter dan Facebook untuk mengajukan soalan di ruangan diskusi #TanyaNajib.
Sesi yang pada mulanya ditetapkan selama sejam dari 4.30 hingga 5.30 petang terpaksa dilanjutkan berikutan sambutan menggalakkan.
“Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa #TanyaNajib hingga ke jam 6 petang, supaya anda semua boleh mengajukan soalan,” katanya menerusi laman Twitter dan Facebook beliau.
Peluang yang diberikan Perdana Menteri itu dimanfaatkan ribuan pengguna Twitter dan Facebook untuk mengutarakan persoalan serta pandangan berhubung isu berkaitan negara.
Antara perkara yang disentuh ialah berhubung dasar pentadbiran kerajaan, isu perkauman, penjelasan mengenai 1Malaysia dan pendapat individu berhubung tenaga nuklear.
Pada akhir sesi berkenaan, Najib menyatakan akan cuba menjawab soalan yang diajukan tidak lama lagi dan bercadang mengadakan sesi serupa pada masa depan.
Aku Tak gila tapi sakit?
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment