Saturday, February 12, 2011

Beli tiket wayang guna Maxis

| Saturday, February 12, 2011 | 0 comments



MAXIS Berhad (Maxis), penyedia perkhidmatan telekomunikasi bersepadu memperkenalkan Maxis Movies Application, aplikasi yang menawarkan pengguna kemudahan menempah tiket wayang menggunakan telefon pintar atau Android.

Naib Presiden dan Ketua Produk, Peralatan dan Inovasi Maxis, T Kugan berkata, aplikasi itu memberi peluang kepada pengguna membuat tempahan tiket wayang menggunakan telefon bimbit masing-masing dan menawarkan tiket percuma.

"Dengan menggunakan aplikasi ini, pengguna Maxis boleh membuat tempahan tiket wayang sama ada bagi tayangan di Golden Screen Cinemas (GSC) atau Tanjung Golden Village (TGV)".

"Malah, kami turut memperkenalkan Maxis Movie Day setiap Selasa, membolehkan pengguna menikmati tiket tayangan beli satu percuma satu yang dijalankan sehingga hujung tahun ini," katanya selepas majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, selain menawarkan kemudahan menempah tiket wayang, aplikasi itu juga membolehkan pengguna menyemak senarai tayangan filem terkini, masa tayangan serta sedutan filem terbaru.

"Aplikasi ini boleh dipindah turun secara percuma dan PayPal bertindak sebagai medium pembayaran yang membolehkan pengguna mendapatkan tiket tayangan filem yang mereka gemari dalam tempoh singkat termasuk memilih tempat duduk yang dikehendaki. “Malah, pengguna juga dapat menikmati proses tempahan sama jika dilakukan melalui laman web kami termasuk memilih tempat duduk dikehendaki," katanya.

Kugan berkata, dengan pelancaran aplikasi itu, pihaknya meletakkan sasaran kira-kira 7.1 juta pengguna aktif Internet mudah alih akan menggunakan Maxis Movies Application.

Angka itu realistik apabila kami mencatatkan lebih tujuh juta pengguna Internet mudah alih yang aktif dan menjangka semua pengguna akan menggunakan aplikasi terbaru ini.

"Malah, kami yakin ia dapat dicapai menjelang akhir tahun ini berikutan ketika prapelancarannya tiga bulan lalu, sebanyak 50,000 pindah turun dicatatkan di kalangan pengguna iPhone," katanya.

Menurutnya, aplikasi itu boleh dipindah turun secara percuma di Apple AppStore bagi pengguna iPhone dan iPad, manakala pengguna Android boleh mendapatkannya melalui Android Marketplace.

Pengguna telefon pintar lain boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui m.maxismovies.com.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com