KAHERAH: Presiden Hosni Mubarak tidak mengendahkan desakan lebih suku juta penduduk Mesir supaya beliau meletak jawatan serta-merta.
Beliau sebaliknya mengumumkan akan terus berkhidmat sehingga tempoh jawatannya berakhir September ini dan akan ‘mati di bumi Mesir.’ Hosni turut berjanji untuk tidak bertanding semula. Bagaimanapun, ikrarnya itu gagal meredakan kemarahan rakyat Mesir sementara pertempuran meletus antara penyokong dan penentangnya.
Penunjuk perasaan bertegas menyatakan mereka tidak akan mengakhiri bantahan mereka yang sudah berlarutan selama seminggu kecuali Hosni yang sudah memerintah sejak 30 tahun lalu, meletak jawatan.
Tawaran pemimpin Mesir itu untuk terus berkhidmat selama tujuh bulan lagi, mengancam meningkatkan kekecewaan dan kemarahan di kalangan penunjuk perasaan.
Di Iskandariah, pertempuran meletus antara beratus-ratus penunjuk perasaan dengan penyokong kerajaan tidak lama selepas Hosni berucap.
Penunjuk perasaan melontar batu ke arah penyokong kerajaan yang bersenjatakan pisau dan kayu sehingga tentera melepaskan tembakan ke udara untuk menghentikan kekacauan itu, kata seorang wartawan tempatan, Hossam el-Wakil.
Sementara itu, ucapan Hosni dicemuh oleh penunjuk perasaan di Medan Tahrir yang menonton siasaran secara langsung menerusi sebuah televisyen besar.
Dalam ucapan selama 10 minit itu, Hosni, 82, keliharan muram tetapi bercakap dengan nada tegas tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda akan tunduk.
Beliau menegaskan, walaupun jika tunjuk perasaan itu tidak berlaku, beliau tidak akan bertanding untuk mempertahankan jawatan presiden bagi penggal keenam pada September ini.
Hosni berkata, beliau akan terus berkhidmat sehingga penggal perkhidmatannya tamat bagi memenuhi langkah yang diperlukan untuk pemindahan kuasa secara aman.
Hosni, bekas panglima tentera udara, juga berikrar untuk tidak akan meninggalkan negara itu.
“Ini adalah tanah tumpah darah saya. Saya tinggal di sini, berjuang untuknya, mempertahankan bumi, kedaulatan dan kepentingannya.
“Di bumi ini saya akan mati. Sejarah akan mengadili saya dan anda semua,” katanya. - AP
Popular Posts
Wednesday, February 2, 2011
Kemelut Mesir: Hosni tidak mahu tunduk
Posted by
Berita Sentral Semasa Terkini
at
Wednesday, February 02, 2011
|
Wednesday, February 2, 2011
|
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THERE ARE MORE HERE
-
THE Kenanga Wholesale City, which is earmarked for completion by early 2010, is poised to be a landmark hub for Kuala Lumpur's wholesale...
-
Resdung 1 Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk...
-
Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak....semoga ianya tidak berlaku kepada kita.... Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah ...
-
KUALA LUMPUR: Selepas digosip kononnya mempunyai hubungan dengan suami orang, akhirnya pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengumumkan akan b...
-
KUALA LUMPUR - Kegembiraan sepasang suami isteri menimang cahaya mata sejak tiga bulan lalu berakhir sekelip mata apabila bayi mereka mati d...
-
HARD Rock Cafe Malaysia memilih Melaka untuk membuka cawangan ketiga dan terbesar di negara ini dengan menyediakan kemudahan tempat letak ke...
-
VEENA mendapat jolokan ‘Rakhi Sawant Pakistan’ berikutan imej seksi. Khabar angin lonjak publisiti model Pakistan KARACHI: Aktres dan model ...
-
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua ora...
0 comments:
Post a Comment