Sunday, February 20, 2011

Pengundi pindah tempat tinggal disaran daftar alamat baru

| Sunday, February 20, 2011 | 0 comments



KOTA KINABALU 20 Feb. — Pengundi yang telah berpindah ke kawasan lain disaran supaya menukar alamat tempat mengundi bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka itu di tempat baru.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin berkata ramai pengundi, khususnya rakyat Sabah yang berpindah ke kawasan lain dalam Sabah, tidak mampu mengundi pada sesuatu pilihan raya kerana tidak mendaftarkan alamat baru.

"Sebagai pengundi yang prihatin, daftarlah alamat baru dengan Suruhanjaya Pilihan Raya supaya mudah mengundi di kawasan baru. Lagipun, pilihan raya bukan diadakan selalu,” katanya ketika merasmikan Program Sentuhan Mesra - Jalinan Rakyat dan Bancian Sikap anjuran Wanita UMNO Sabah di Putatan dekat sini hari ini.

Yahya, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Petagas dan Setiausaha UMNO Negeri, mendapati jumlah pengundi yang keluar mengundi pada sesuatu pilihan raya jauh berbeza daripada jumlah penduduk yang layak mengundi di sesuatu kawasan.

Katanya, perkara itu membimbangkan kerana boleh menjejaskan usaha Barisan Nasional (BN) mendapat mandat rakyat. — Bernama

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com