Tuesday, March 15, 2011

Selatan Thai makin popular sebagai destinasi nikah

| Tuesday, March 15, 2011 | 0 comments



SONGKHLA (Selatan Thailand): Selatan Thailand semakin popular sebagai destinasi pernikahan membabitkan pasangan Malaysia.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan, berkata antara 2001 dan
tahun lepas, lebih 11,170 pasangan berkahwin di wilayah-wilayah selatan Thailand dengan angka terbesar pada tahun lalu membabitkan 3,260 pasangan.

Bercakap kepada pemberita selepas dikunjungi ahli Kelab Media Perlis di sini hari ini, beliau berkata, jumlah pasangan yang berkahwin sepanjang tahun lepas jauh lebih besar berbanding tahun 2009 membabitkan 2,173 pasangan manakala pada 2001 hanya 73 kes didaftarkan.

Berdasarkan statistik tahun lalu, sebahagian besar yang berkahwin di selatan Thailand ialah pasangan rakyat Malaysia membabitkan 2,478 pasangan.

Jumlah rakyat Malaysia yang berkahwin dengan rakyat Thailand adalah 419 kes manakala rakyat Malaysia yang berkahwin dengan rakyat Indonesia sebanyak 228 kes.

Terdapat juga pernikahan membabitkan rakyat Malaysia dengan warga Pakistan, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Afrika Selatan, Arau Saudi, India, Nepal dan Iran.
Mohd Aini berkata, sebahagian besar perkahwinan berlaku di wilayah Songkhla.

Antara alasan yang diberikan pasangan yang berkahwin di selatan Thailand ialah mereka tidak mendapat restu keluarga, kos yang tinggi jika berkahwin di tanah air, peraturan ketat majlis-majlis agama Islam dan berkahwin dengan warga asing.

Beliau berkata setiap perkahwinan di selatan Thailand perlu dilapor atau didaftarkan di pejabat Konsul Jeneral. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com