Tuesday, March 15, 2011

Telekom Malaysia baik pulih APCN2 berikutan gempa bumi

| Tuesday, March 15, 2011 | 0 comments



TELEKOM Malaysia Bhd (TM) akan membaik pulih perkhidmatan internet selepas kedua-dua Rangkaian Kabel Jepun–AS (JUCN) dan Rangkaian Kabel Asia Pasifik 2 (APCN2) terjejas oleh gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda luar pantai Jepun pada Jumaat lalu.

APCN2 adalah kabel submarin yang menghubungkan beberapa negara di rantau Asia Pasifik, sementara JUCN menghubungkan Amerika Syarikat dan Jepun.

Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata buat masa ini rangkaian kabel JUCN itu masih tidak berfungsi.

Katanya, TM menggerakkan beberapa trafik di ACPN2 ke laluan membaikpulih lain, namun ia akan menyebabkan pencarian yang dilakukan pada kadar lebih perlahan khususnya ketika tempoh puncak.

“Bagaimanapun, kami akan cuba sebaik mungkin untuk mengalih trafik ke laluan lain bagi mengurangkan dan mengembalikan penggunaan,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian konsesi antara Menara Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dan kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Perjanjian konsesi selama 10 tahun itu yang bernilai lebih daripada RM50 juta ialah untuk pengendalian, pengurusan dan penyenggaraan Menara Kuala lumpur.

Ia disaksikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Zamzamzairani berkata, proses membaik pulih ACPN2 dilakukan dalam tempoh dua hari, sementara itu rangkaian kabel JUCN masih lagi berhadapan dengan beberapa masalah.

“Ia mengambil masa satu hingga dua hari untuk mengalih trafik kerana kami mempunyai perjanjian membaikpulih dengan beberapa negara lain,” jelasnya.

Ditanya mengenai kerosakan, beliau berkata, yang insiden itu tidaklah seteruk 2006, yang enam hingga tujuh kabel submarin binasa ekoran kejadian gempa bumi di Taiwan. – BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com