DUA
pengemis berketurunan Cina menutup muka ketika ditahan penguat kuasa di Bazar
Ramadan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor kelmarin.
SHAH
ALAM – Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang
menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar
Ramadan di sini terbongkar dengan penahanan mereka kelmarin.
Kedua-dua
wanita berusia 65 dan 63 tahun itu ditahan oleh pegawai Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) Selangor ketika mereka mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 13 di
sini dengan memakai jubah dan bertudung labuh.
Siasatan
awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula
mengemis sejak awal Ramadan.
Mereka
dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari.
Pengarah
JKM Selangor, Nik Omar Nik Abd. Rahman berkata, kedua-dua wanita itu turut
menipu kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap
bulan.
Beliau
berkata, mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai
dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan.
“Ketika
ditahan, mereka cuba memberi alasan menggunakan hasil jualan tisu berharga RM1
sepeket kepada orang ramai untuk menyara anak mereka yang sedang terlantar
sakit.
“Malangnya,
apabila pihak kami menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadat bagi
membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya tidak tahu.
“Yang
sebenarnya, pengunjung Bazar Ramadan tidak beli pun tisu mereka sebaliknya
terus beri duit kepada kedua-dua pengemis itu,” katanya.
0 comments:
Post a Comment