JAKARTA 19 Oktober 2012 - Ketika berjuta-juta jemaah sibuk memberi tumpuan kepada ibadah haji di tanah suci ketika ini, lain pula kisahnya dengan jemaah haji suami isteri berasal dari Surabaya, yang memilih untuk MENCURI dompet jemaah lain yang sedang beribadah di Masjidil Haram Mekah.
Kedua-dua jemaah haji berkenaan ditahan pihak Polis yang menyamar di Masjidil Haram pada pukul 10.30 malam (waktu Arab Saudi) pada isnin lalu.
Modus operandi pasangan berkenaan, si suami akan menyeluk saku jemaah lain yang sedang berebut-rebut mencium batu Hajar Aswad manakala si isteri menunggu mangsa berdekatan telaga air zam-zam.
Pasangan tersebut dibenarkan meneruskan ibadah haji mereka oleh pihak berkuasa Arab Saudi tetapi pasangan berkenaan perlu mengikuti proses undang-undang di Negara Arab Saudi sebaik mereka selesai menunaikan ibadah haji.
0 comments:
Post a Comment