KUALA LUMPUR: Indonesia bersetuju untuk membebaskan tujuh nelayan Malaysia yang ditangkap petugas Kementerian Kelautan dan Perikatan Indonesia Jumaat lalu kerana dikatakan menceroboh perairan negara itu.
Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan persetujuan itu dicapai hasil perbincangan Menteri Luar kedua-dua negara yang turut menyaksikan persetujuan Malaysia untuk melepaskan tiga petugas Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia yang ditahan Pasukan Gerakan Marin Malaysia dalam insiden yang sama.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya di Indonesia Dr R M Marty M Natalegawa dalam perbincangan mereka bersetuju supaya perkara tersebut diselesaikan secara baik dan segera. "Kesemua mereka akan dibebaskan setelah keterangan selesai diambil," demikian menurut kenyataan itu lagi.
6 Pesanan Nabi waktu IJtimak?
2 days ago