Pasangan kekasih mengaku bersalah buang bayi perempuan di Melaka
MELAKA: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan di luar kilang tempat mereka bekerja di Ayer Keroh, dekat sini, Rabu lalu.
Tertuduh, Mohd Zolhalmi Khamis, 18, dan pasangannya seorang juvana berusia 17 tahun 10 bulan mengangguk sebagai tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fairuz Johari.
Mengikut pertuduhan, pasangan kekasih yang berasal dari Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan itu membuang bayi perempuan mereka di kawasan kilang Daibochi, Ayer Keroh, kira-kira jam 1 pagi, 11 Ogos. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berita Harian sebelum ini melaporkan satu pasangan kekasih disyaki membuang bayi perempuan baru dilahirkan ke dalam tong sampah di luar kilang tempat mereka bekerja pada hari pertama Ramadan.
Pasangan berusia 18 tahun itu ditahan beberapa jam selepas polis menerima laporan penemuan bayi perempuan yang masih bertali pusat diisi dalam beg pakaian warna hitam daripada seorang pengawal keselamatan, kira-kira jam 5.20 pagi.
Popular Posts
Monday, August 16, 2010
Pasangan buang bayi ditahan
Sunday, August 1, 2010
PDRM pertimbang siasat kes buang bayi
PDRM pertimbang siasat kes buang bayi ikut Seksyen 302, 307 Kanun Keseksaan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertimbangkan untuk menjalankan siasatan kes pembuangan bayi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 kanun sama sebagai cubaan membunuh.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata langkah itu selaras dengan keputusan Kabinet minggu lalu yang mahu pembuangan bayi diklasifikasikan sebagai kes bunuh bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap mereka yang terbabit. “Peguam Negara sudah memberikan kenyataan (mereka yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan)... Ketua Polis Negara juga ada mengeluarkan kenyataan sama. “Sehubungan itu, kita berharap pelaksanaan hukuman berat ini dapat menangani kes pembuangan bayi di negara ini yang menunjukkan peningkatan kebelakangan ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, pagi tadi.
THERE ARE MORE HERE
-
Halang dedah maklumat sulit KUALA LUMPUR: Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
BARU-BARU ini saya menonton rancangan Bang Bang Boom! terbitan sebuah syarikat televisyen swasta tempatan. Slot terakhir rancangan itu memap...
-
KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdeda...
-
Iklan paling mengarut dari TV3. Tidak mengambarkan langsung kemeriahan suasana Hari Kebesaran Umat Islam dari sudut sebenar Islam. Ini yang ...
-
JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata ...
-
KUALA LUMPUR: On Dec 5, it declared that it was in crisis. Yesterday, Malaysia Airlines (MAS) announced that it will cut seven loss-making r...
-
FLORIDA: Elin Nordegren, bekas isteri Tiger Woods merancang melelong barang kemas berjumlah AS$2.5 (RM8 juta) yang diberikan bintang golf it...
-
1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD 2). Aku adal...
-
JOHOR BAHRU: Malaysia bakal menjadi antara empat hab minyak dan gas laut dalam dunia, setanding pemimpin industri seperti Amerika syarikat, ...