Showing posts with label adab menutup aurat. Show all posts
Showing posts with label adab menutup aurat. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Denda berlengan pendek

| Wednesday, February 22, 2012 | 0 comments



KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), semalam.

Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.

Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.

Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).

Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu.

Readmore..

Saturday, February 18, 2012

Bertudung tapi seksi

| Saturday, February 18, 2012 | 0 comments



Bismillahirrahmanirrahim….

Sedikit perkongsian sewaktu menonton Wanita Hari Ini pada tengah hari tadi (7 Mac 2011). Tertarik dengan satu sesi perbincangan bersama ustaz Haslin, Heliza dan editor majalah An Nur tentang tajuk: BERTUDUNG, TAPI SEKSI.. Inilah reality sekarang. Ini kerana imej bertudung kini tidak lagi disesuaikan dengan baju kurung atau jubah, tetapi ia telah diubah suai mengikut peredaran zaman. Mungkinkah ini agenda Yahudi kuffar yang ingin melihat kehancuran umat Islam? Teringat video ‘The Arrival’ siri 46, salah satu taktik mereka untuk memusnahkan cara hidup umat Islam ialah melalui ‘sex’. Umat Islam hari ini disajikan dengan pelbagai konsert Hollywood yang membahayakan iman, majalah lucah yang berlambak di pasaran, budaya mengagungkan artis, fesyen yang terpesong dari syari’at Islam dan banyak lagi agenda jahat mereka. Tanpa sedar, sedikit sebanyak ia telah berjaya mempengaruhi jiwa pemuda pemudi Islam hari ini. Lihatlah cara hidup kebanyakan kaum hawa hari ini, terlalu ramai yang tidak bertudung dan ada yang bertudung, tapi berpakaian ketat, nipis dan terbuka.. Inilah yang menjadi topik perbincangan di WHI tadi. Kebanyakan alasan yang digunakan untuk membenarkan perkara ini iaitu BERTUDUNG TAPI BERFESYEN KETAT, NIPIS dan TERBUKA ialah

1.Dosa kecil je kalau sekadar ketat sedikit pun. Kami kan dah bertudung
2.Lambang kemodenan (up to date)
3.Setaraf dengan wanita lain agar tidak dipandang ‘lain’ oleh mereka
4.Jalan cepat bertemu jodoh

Moga kita semua diberi hidayah taufiq untuk terus mengamalkan Islam dalam SELURUH KEHIDUPAN seharian kita sebagaimana firman Allah Ta’ala: “Wahai orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara sempurna”. Jadi, saya terfikir untuk berkongsi ilmu yang saya dapat hasil daripada pembacaan buku TABARRUJ DOSA BERHIAS. BAGAIMANA MENGENALINYA DAN MENGHINDARINYA, karya Hj Mohd Hanif Hj Ismail lulusan B.A (Hons) Al-Azhar. Sungguh, saya akui mutiara ilmu daripada buku ini amat bermakna dalam memberi keyakinan untuk terus istiqomah dengan pemakaian muslimah dan Alhamdulillah, setakat ini 4 orang sahabat yang mana selama ini ragu untuk berubah ke arah yang lebih baik TELAH BERJAYA MENDAPAT KEYAKINAN melalui hujah dan jawapan yang diberikan dalam buku ini kerana kesemua hujahnya bersandarkan Al Quran dan as Sunnah. Segala puji bagi Allah dan semoga Allah limpahkan rahmat kepada Ust Hj Mohd Hanif serta hasil tulisan ini mampu sedikit sebanyak membetulkan gaya hidup dan identiti muslimah kini supaya tidak tersasar dari landasan syara’.


APA ITU TABARRUJ ??

Menurut Imam Bukhari: Tabarruj] ialah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahram. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa konsep tabarruj ini melibatkan segala benda yg bertujuan utk perhiasan. Al-Qurtubi telah menafsirkan bahawa perhiasan itu terbahagi pada 2 iaitu perhiasan semula jadi dan perhiasan buatan. Perhiasan semula jadi adalah kecantikan wajah dan keindahan tubuh yg tercipta sejak lahir lagi manakala perhiasan buatan pula ialah alat2 yg dipakai oleh wanita utk menambahkan lagi kecantikan dirinya.

APAKAH TABARRUJ DIBOLEHKAN DALAM ISLAM ??

Firman Allah Ta'ala: “Janganlah mereka (wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh”. Oleh sebab itu, Allah s.w.t telah mewajibkan kaum wanita menutup aurat supaya dia tidak mendedahkan perhiasannya. Namun realiti hari ini, terdapat pelbagai fesyen tudung yang mana tidak selari dengan tuntutan syari’at. Pernah sekali saya menonton rancangan busana muslimah. Programnya bercirikan Islam, namun gaya penampilannya tidak berlandaskan syariat yg telah ditetapkan. Allah memerintahkan supaya melabuhkan tudung hingga ke dada, namun apa yg diketengahkan melalui rancangan ini berlawanan terus dgn saranan Allah. Tudung di bahagian depan disingkatkan manakala di sebelah belakang labuh sehingga ke punggung. Masya Allah, betapa umat Islam hari ini makin terpesong dek arus kemodenan sehingga menjadikan tudung itu sebagai perhiasan kepada org yg melihat. Ia jelas berlawanan dengan suruhan Allah iaitu tudung itu sebagai mekanisme utk menutup perhiasannya atau fitnahnya

'STRICT'NYA ISLAM. NAK BERHIAS SIKIT PUN X BOLEH KE?

Tidaklah salah untuk kita berhias kerana Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan, tapi berhiaslah sekadarnya dan apa yg penting, memenuhi tuntutan syariat .Berpakaianlah mengikut lunas2 Islam. Allah telah memberikan anak Adam 3 kategori pakaian sebagaimana dalam surah Al A'raf: 25.

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup aurat kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian yang disandarkan pada taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah mudah-mudahan mereka mengenangnya”

Dalam ayat di atas, 3 kategori pakaian ialah:

1) Pakaian yang menutup aurat, yang malu apabila dilihat orang.
2) Pakaian indah yang menutup aurat dan sebagai penghias badan
3) Pakai taqwa: Pakaian jenis 1 dan 2, ditambah juga sebagai penghias rohani. Memenuhi semua syarat menutup aurat:

o Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
o Tidak nipis dan terlalu jarang
o Tidak ketat dan longgar
o Tidak menyerupai kaum lelaki dan begitu juga sebaliknya

.............................................................................................................................................................

Namun realiti muslimah kini, ramai yg menyokong dan mengamalkan tabarruj ini. Lihatlah fesyen hari ini, ramai yang bertudung, tapi dipakai dengan baju yang ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk badan. Ramai yang bertudung, tapi dililit ke atas hingga menampakkan dada. Ia jelas bertentangan dengan suruhan Allah dalam surah An Nur ayat 31: "Dan katakanlah pada perempuan beriman agar melabuhkan tudung ke dadanya...". Ramai yang bertudung, tapi tudung terlalu nipis hingga menampakkan rambut. Ramai yang bertudung, tapi perhiasan terlalu banyak hingga menarik perhatian orang ramai. Inilah realiti hari ini. Mereka sering berhujah dengan pelbagai alasan untuk mengahalalkan tabarruj ini, sehingga terkadang kita sering tertipu dengan retorik yang diada-adakan oleh mereka. Namun Alhamdulillah, buku ini akan menjawab segala alasan golongan yg menyokong dan mengamalkan tabarruj ini.

ALASAN 1: Tabarruj adalah dosa kecil, tak pe je..

Kebanyakan golongan wanita terpelajar yg lalai ini hanya mengenal zahir kehidupan dunia sahaja dan mereka terlupa akan kehidupan abadi di akhirat kelak. Oleh itu, mereka melihat dosa besar sebagai dosa kecil dan kuantiti mega kebajikan yg dilakukannya dpt melenyapkan dosa2 kecil mereka ini. Lagipun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Mereka menggunakan dalil nakli dalam surah al-Furqan:70 yg bermaksud: “kecuali orang yg bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal baik. Maka orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah sesungguhnya bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".

Tetapi, mereka perlu ingat bahawa dosa kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar, bak kata pepatah “sikit2 lama2 jadi bukit”. Renunglah hadis Nabi ini: “Seorang mukmin melihat dosanya seperti bukit di atas (kepalanya) yang dibimbangi akan jatuh ke atasnya. Manakala orang munafiq melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di muknya, maka dihalaunya lalat itu”. Adakah kita memilih untuk menjadi seorang munafiq berbanding seorang mukmin sebagaimana hadis Nabi tadi? Dan satu lagi, INGATLAH, sesungguhnya KEBAIKAN ITU DAPAT MENGHAPUSKAN KEJAHATAN JIKA DISERTAI dengan PENYESALAN dan TAUBAT. Adapun jika berterusan dalam kejahatan, maka jadilah sebaliknya. Kejahatan itu yang akan menghapuskan kebaikan. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu”


ALASAN KE-2: Tabarruj adalah lambang kemodenan, up-to-date

Pasti ramai di kalangan perempuan yang bertudung labuh pernah melalui pengalaman diejek kawan2 sendiri kerana dianggap tidak up-to-date. Kita yg masih muda ini dipanggil mak cik, ustazah sehingga kadang2 terasa malu dan rendah diri apabila berkumpul bersama kerana imej kita yg tidak selari dgn tuntutan tamadun moden kini.

Tapi, janganlah bersedih wahai wanita beriman kerana Allah Ta'ala telah berfirman: "Janganlah kamu berasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman” (Al-Imran:139). Wanita yg melakukan tabarruj ini menunjukkan bahawa dirinya adalah wanita yg jahil tentang agama. Zahir sahaja mengenal Penciptanya, tetapi masih berterusan dalam melakukan maksiat, berterusan di atas landasan kejahilan tentang Islam. Sangat aneh apabila Barat yg begitu masyhur amat menitik beratkan agar barang2 berjenama dibalut dan dibungkus rapi agar terpelihara dan tidak cepat rosak. Tetapi hal yang sama tidak berlaku terhadap benda bernyawa yg bergelar PEREMPUAN. Malah, mereka menuntut agar wanita mendedahkan tubuh dan perhiasan mereka sebagai tatapan ramai untuk iklan dan melariskan jualan. Jelas terbukti bahawa Barat telah merendahkan maruah wanita sebegitu rupa. Kalau kaum wanita sudah terhina maruahnya sebegitu rupa, mengapa wanita muslimah masih berlumba- lumba meniru cara hidup mereka yang terhina itu? Kesimpulannya, tabarruj bukanlah lambang kemodenan kerana kemodenan sebenar di sisi Allah ialah kemodenan yang membawa rahmat bagi sekelian alam.


ALASAN KE-3: Tabarruj meletakkan diri seseorang wanita setaraf dengan kebanyakan wanita lain supaya terselamat dari penghinaan dan cercaan

"Islam bermula dengan dagang (asing) dan berakhir dengan dagang. Maka beruntunglah orang yang dagang". Hakikat hari ini, TERLALU SEDIKIT bilangan muslimah yang benar2 berpakaian menutup aurat menurut kehendak syari'at, sehingga sering saja mereka berasa tersisih dari dunia ramai kerana rata2 perempuan kini berpakaian sekadar menutup apa yang patut sahaja. Tapi fikirkan: Jika wanita jahil menghina hukum Allah, mengapa wanita Islam harus mengikut mereka? Jika mereka akan dicampakkan ke dalam jurang neraka, mengapa wanita muslimah masih beria-ia mengikut jejak mereka? Sabda Nabi: “Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka dia termasuk dalam kaum itu”. Menghairankan sekali, kenapa wanita muslimah kini tidak malu menonjolkan identiti fasiq, tetapi malu untuk menonjolkan identiti taqwa dan iman dengan berpakaian menurut syari'at. Adakah mereka sanggup menggantikan perkara baik demi perkara maksiat semata-mata kerana takut dengan pandangan tidak puas hati dan cercaan ahli fasiq dan maksiat ini? Lalu mengutamakan redha mereka daripada redha Allah Ta'ala?

Fikir secara logiknya, adakah mereka ingin minum arak supaya orang mabuk tidak mengeji mereka? Adakah mereka akan berzina supaya pelaku zina tidak perlekehkan mereka? Ketahuilah, sesungguhnya wanita2 pengikut fesyen dan trend moden ini sanggup memperlekehkan muslimah2 sejati yang menjadikan isteri2 Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan. Masya-Allah, adakah dunia kini sudah mencapai tahap kejahilan di mana tahap kebatilan mentertawakan kebijaksanaan, kefasiqan mentertawakan ketaqwaan? Ingat, jika hari ini wanita murahan ini memandang rendah dan mentertawakan muslimah sejati yg mereka anggap sebagai kuno dan lapuk, akan datang suatu hati nanti, muslimah sejati ini pula yang akan mentertawakan wanita murahan ini sebagaimana janji Allah dlm surah Al-Mutoffifin:29-34: “Sesungguhnya, orang yang derhaka, mereka selalu mentertawakan orang beriman. Dan apabila orang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan mencemuhnya……Maka pada hari ini, orang beriman pula mentertawakan orang (derhaka) itu”


ALASAN KE-4: Tabarruj adalah jalan untuk percepatkan perkahwinan bagi perempuan

Jika kita lihat senario kini, ramai muslimah yang telah mengubah identiti mereka dari bertudung litup kepada tudung yg pelbagai fesyen kini kerana bimbang diri mereka yg belum disunting lagi untuk mengakhiri zaman bujangnya. Lantas, mereka merendahkan sedikit demi sedikit martabat maruah mereka hanya kerana untuk mencuri perhatian mana2 pemuda. Wanita muslimah ini tidak menyedari bahawa pemuda yang bakal menyuntingnya nanti tidak mencari hati yang bertaqwa demi kebahagiaan yang kekal. Maka, dia tidak akan menjadi suami yang soleh. Kesimpulannya, tabarruj mungkin percepatkan perkahwinan, tetapi yang lebih bahaya, ia turut percepatkan penceraian.

..............................................................................................................................................

Maka, hendaklah wanita muslimah berhati-hati terhadap murka Allah. Janganlah berterusan mengikut hawa nafsu kerana dipermainkan oleh syaitan yang memperelokkan amalan buruk sehingga menampakkan ia hanyalah dosa kecil dan menyebabkan mereka melihat perkara haram sebagai halal. Na'uzubillah min zaalik. Semoga kita semua dapat istiqomah di atas jalan yang benar dan menjadi mukminat solehah kerana mukminat solehah itu lebih cantik daripada bidadari syurga.

p/s: Jika hendak mantap lagi, kajilah keperluan menutup aurat menurut kajian saintifik. SETIAP PERINTAH ALLAH PASTI BAWA RAHMAT DAN KEBAIKAN PADA UMATNYA, sama ada perintah itu BERAT atau RINGAN. Mohon agar Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran untuk istiqomah dengan cara hidup Islam sebenar.

Segala yang baik ini daripada Allah Ta’ala dan segala yang buruk itu dari kelemahan diri sendiri. Semoga usaha yang sedikit ini mampu menjadi bekal amal soleh untuk bertemu dengan Allah suatu hari nanti. Siiru ‘ala barakatillah.

Pautan: IluvIslam

Readmore..

Friday, November 11, 2011

Kisah aurat wanita melayu

| Friday, November 11, 2011 | 0 comments

Readmore..

Friday, December 31, 2010

Melayu pun kena tutup aurat

| Friday, December 31, 2010 | 0 comments



KOTA BHARU, 31 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid.

Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.

“Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini.

Mengulas komitmen sesetengah masyarakat Cina terhadap rumah ibadah, beliau berkata walaupun kaum Cina, Orang Asli atau warga Afrika yang hitam, namun apabila mereka itu muslim dan muttaqin, maka adalah layak dilantik menjadi imam sembahyang.

“Ini kerana hina atau tidaknya manusia itu bukan terletak kepada tubuhnya tetapi adalah terletak kepada taqwanya.

“Walaupun dia hamba, tetapi apabila dia diangkat menjadi ketua (termasuk imam sembahyang) maka mesti diikuti.

“Oleh demikian, di Kelantan sendiri, saya sudah membina masjid di Rantau Panjang. Saya meminta orang Cina menjadi imam sembahyang dan saya menjadi makmum pada bulan Ramadhan yang lalu,” katanya.

Readmore..

Thursday, November 4, 2010

Dakwah melalui fesyen

| Thursday, November 4, 2010 | 0 comments

KRITIKAN yang banyak disiarkan di dalam blog peribadi berikutan penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF) di Monte Carlo Ogos lalu, langsung tidak mematahkan semangat penganjur untuk meneruskan misi IFF.

Pengasas IFF, Datuk Raja Rezza, berkata sepanjang lima tahun penganjuran banyak pencapaian IFF terutama dalam mengangkat martabat pereka Muslim yang sering terpinggir.

Malah lebih penting, ia dapat menarik pereka bukan Islam untuk bersama-sama berkongsi idea melakarkan daya kreatif mereka seterusnya ditonjolkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dalam hal ini sekiranya ada pereka bukan Islam yang tersasar menerusi fesyen yang ditampilkan ada pihak yang akan menegur seterusnya diperbaiki bagi menghasilkan ciptaan yang dapat diterima ramai.

Tambahnya, walaupun ada pihak yang tidak berpuas hati dengan usaha dilakukannya untuk memperkembangkan fesyen Islam, dia tidak akan berputus asa dan akan tetap meneruskannya.

“Mungkin ada beranggapan saya menghalalkan apa yang salah, sebenarnya tidak. Sebelum memulakan IFF saya sudah mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mereka yang arif dalam agama.

“Memang saya akui ada kekurangannya dan ia akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Saya juga akui bukan sesuatu yang mudah untuk memperkenalkan fesyen Islam kepada negara bukan Islam kerana banyak pantang larangnya.

“Namun saya menganggap ini sebagai dakwah secara perlahan-lahan untuk memperkenalkan Islam kepada dunia. Jika saya yang tidak melakukannya siapa lagi,” katanya.

November dipilih sebagai kemuncak IFF ke-11 selepas beberapa siri jelajah berjaya dilaksanakan bermula Januari ke Abu Dhabi, Dubai, Jakarta, New York dan diakhiri dengan Monaco.

Bermula pada 2006, memasuki tahun kelima dan dalam masa 48 bulan saja IFF berjaya mengadakan 13 pertunjukan fesyen bukan saja ke negara Asia, Timur Tengah malah melangkaui sempadan sehingga Eropah.

Menurutnya, misi IFF adalah untuk menjadikan fesyen sebagai batu loncatan mempertemukan pereka dan penggemar fesyen daripada pelbagai latar belakang budaya, agama dan bangsa.

Justeru, ia menjadi medan pemahaman dalam keagamaan dan kesediaan menerima pemakaian Muslim dengan pelbagai pilihan. Ia juga sebagai acara yang memberi pilihan kepada masyarakat bukan Islam untuk lebih memahami betapa busana Muslim boleh menjadi pilihan terkini dan bergaya.

“Fokus IFF pada mulanya adalah untuk masyarakat global iaitu dunia. Menerusi kerjasama dengan Indonesia bermula KL, Festival Fesyen Islam dianggap sebagai permulaan IFF yang memilih Indonesia kerana bilangan masyarakat Muslim di sana terlalu ramai,” katanya.

Pada tahun ini IFF ke-11 bertemakan Moghul Splendour yang mengambil konsep Dinasti Moghul akan berlangsung enam hari bermula 7 hingga 12 November 2010.
Acara fesyen terbesar ini akan menampilkan 45 pereka fesyen daripada pelbagai latar belakang budaya, bangsa, warna kulit dan agama.

Selain Malaysia, turut serta pereka dari India, Pakistan, Indonesia, Singapura dan Itali dengan barisan model dari India iaitu bintang Bollywood yang akan dihiasi perhiasan JH Jewellers dari New Delhi.

Antara pereka tempatan yang akan mempersembahkan rekaan mereka ialah Datuk Tom Abang Saufi, Radzuan Radziwill, Melinda Looi, Amir Luqman, Khoon Hooi, Calvin Thoo, Hajaba, Variantes, Albert King, Michaeal Ong, Shaiful Baharim dan Jovian Mandagie.

Pereka Indonesia termasuk Ghea Panggabean, Itang Yunasz, Deden Siswanto dan Malik Mustaram manakala pereka India termasuk Archana Kochlar, Nickie & Nina, Rajesh & Anirban selain Atiya Khan dari Pakistan.

“Pada tahun lalu penganjuran IFF bertemakan Ahlan Wasahlan yang memperkenalkan himpunan rekaan pereka dengan pengaruh Timur Tengah.

“Pada tahun ini Moghul Splendour akan menjadi satu acara yang penuh warna-warni dengan rekaan yang akan membawa kita ke era kegemilangan Moghul,” katanya.

Pertunjukan fesyen Islam yang sangat dinantikan ini akan mempersembahkan 18 pertunjukan fesyen yang dihoskan pelbagai yayasan dan badan kebajikan iaitu Pertubuhan Persekutuan Usahawan Wanita Malaysia, Pertubuhan Melindungi dan Menyelamat Kanak-kanak Selangor, Yayasan Sultan Kelantan, Badan Amal Kasih Sayang Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara dan Persatuan Karyawan Malaysia.

Selain itu, hos lain termasuk Pandu Puteri Selangor, Persatuan Bencana Alam Kedah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yayasan Tuanku Najihah, American Field Service, Penawar dan Yayasan Kebajikan Budimas manakala isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah penaung IFF.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan artis popular era 1980-an termasuk Aman Shah, Siti Fairuz, Halil Chik, Shidee, Nasser Wahab, Man Bai dan Razif Ismail.

Readmore..

Friday, June 25, 2010

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

| Friday, June 25, 2010 | 0 comments



Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira 'sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan 'fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.


BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara ('afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan 'illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.


BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"


PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat 'gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )


ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut 'juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

'Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini


Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)


TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi.

Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)


Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana 'trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan 'dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga 'standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu 'standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)


DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin 'advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain 'game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main 'game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?.

Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu 'that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?



Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
Kuala Lumpur
23 Muharram 1428H
11 Feb 2007

Readmore..

Monday, November 3, 2008

Renungan: Kenapa Lelaki PATUT memilih wanita menutup Aurat

| Monday, November 3, 2008 | 0 comments


Kenapa Lelaki PATUT memilih perempuan yang menutup aurat?

sejak akhir2 ini orang memperkatakan tentang orang yang/ bertudung(MENUTUP AURAT) sama saja dengan orang tidak bertudung dengan alasan orang bertudung pun buat maksiat...

pengiraan matematik...



anggap dosa tak pakai tudung = 1 dosa

anggap sosial = 1 dosa

free hair kompom hari hari dapat dosa = 365 hari

sosial ikut sempat tapi bukan hari hari

jika seminggu sekali buat dosa= 4 x 12= 48 minggu dalam setahun = 48





......free hair x setahun----365 dosa------(1)

.....bertudung x setahun------0 dosa------(2)



sosial

... ... sosial x setahun-------48 dosa------(3)

... ... tidak sosial------------0 dosa------(4)

pakai tudung dan tidak sosial-----(2) + (4)= + = dosa setahun

pakai tudung dan sosial-----------(2) + (3)= + 48 = 48 dosa setahun

free hairdan tidak sosial--------(1) + (4)= 365 + = 365 dosa setahun

free hair dan sisoal--------------(1) + (3)= 365 + 48 = 413 dosa setahun>



cuba kira kalau 10 tahun... saper lebih terror dalam mengumpul dosa... .



... sembahyang wajib..katakan dua dua jenis orang ini bersembahyang dan

5 waktu sehari semalam itu sama dengan 1 pahala dan dikira dalam 1



s--free hair----sembahyang ---0 pahala----(5)

xs--bertudung---sembahyang ----365 pahala--(6

tudung dan tidak sosial----(2) + (4) - (6)= + - 365 = negatif 365 setahun = 365 pahala

tudung dan sosial----------(2) + (3) - (6)= + 48 - 365 = negatif 317 setahun =317 pahala

free hair dan tidak sosial--(1) + (4) - (5)= 365 + - = 365 dosa

free hair dan sisoal--------(1) + (3) - (5)= 365 + 48 - 0-= 413 dosa



pengiraan diatas menunjukkan orang bertudung dan tak bertudung adalah x sama... saper boleh kata sama lepas nih...so ini bermakna sesiapa saja yang free hair lebih banyak dosa dari bertudung.. siapa setuju,dan yang free hair..tolong bangkang or sedar diri.. yang susah cuma pilihan...

Readmore..

Monday, August 25, 2008

Hukum Menutup Aurat

| Monday, August 25, 2008 | 0 comments


Allah S.W.T mewajibkan kepada orang Islam lelaki dan perempuan supaya memelihara aurat dan mengawal pandangan daripada melihat perkara-perkara yang tidak diharuskan bertujuan untuk menjaga kehormatan diri masing-masing, selaras dengan firman Allah dalam Surah An-Nur ayat ke 30 & 31.

Ayat tersebut juga menekankan bahawa, perempuan Islam tidak dibenarkan menunjukkan perhiasan diri mereka kepada lelaki Ajnabi.


Pengertian Aurat

Aurat dari segi bahasa adalah sesuatu yang mengaibkan. Dari segi istilah pula merupakan bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau Ajnabi.


Hukum Menutup Aurat

Hukum menutup aurat adalah wajib bagi lelaki dan perempuan Islam yang bertujuan untuk menjaga kehormatan diri.


Batas-batas Aurat

1) Aurat lelaki

a. Dengan perempuan mahram adalah diantara pusat dengan lutut.

b. Dengan perempuan bukan mahram adalah diantara pusat dengan lutut.

c. Dengan perempuan bukan Islam adalah diantara pusat dengan lutut.

2) Aurat perempuan

a. Dengan mahram lelaki adalah diantara pusat dengan lutut.

b. Dengan lelaki bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.

c. Dengan lelaki bukan Islam adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.


Sebab-sebab Diwajibkan Menutup Aurat

1) Menjaga dan memelihara kehormatan, kesopanan dan maruah diri.

2) Menghindarkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.

3) Membezakan keperibadian orang Islam dengan orang bukan Islam.

4) Menggambarkan umat Islam yang patuh dan taat kepada perintah Allah.


Risiko Mendedahkan Aurat

1) Mendedahkan diri kepada fitnah.

2) Terdedah kepada pergaulan bebas.

3) Bagi perempuan yang mendedeahkan aurat, mereka terdedah kepada gangguan lelaki yang tidak bermoral dan berkemungkinan besar terjerumus ke lembah penzinaan.

4) Menggambarkan tahap kelemahan iman atau iman yang tidak mantap.


Hikmah diwajibkan Menutup Aurat

1) Memuliakan manusia sebagai makhluk yang paling istimewa.

2) Membentuk diri manusia supaya menjadi insan yang beradab.

3) Dapat mengelakkan diri daripada sebarang fitnah.

4) Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan patuh kepada syariat Allah S.W.T.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com