Showing posts with label barangan terkawal sempena musim perayaan. Show all posts
Showing posts with label barangan terkawal sempena musim perayaan. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

Harga 13 barangan dikawal

| Thursday, January 31, 2013 | 0 comments

[2013] Harga 13 barangan dikawal


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum bagi 13 jenis barangan terkawal yang dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skim itu bermula dari 6 hingga 17 Februari ini dan berkuat kuasa selama 12 hari dan dilaksana mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Beliau berkata, kawalan itu melibatkan harga ayam, telur ayam, kubis bulat import, bawang putih, ikan bawal putih dan udang putih besar.

"Harga maksimum ditentukan bagi 13 barangan harga terkawal ini di sebanyak 89 daerah / kawasan di Semenanjung, 32 daerah di Sarawak, 24 daerah di Sabah dan satu daerah di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Skim ini dilaksanakan supaya pengguna dapat memperoleh barangan perlu pada musim perayaan dengan harga berpatutan dan menyekat daripada peningkatan harga yang melampau," katanya ketika mengumumkan harga maksimum borong dan runcit barangan harga terkawal sempena Tahun Baru Cina 2013 di sini semalam.

Info:
Laman Web Senarai Harga Barang Kawalan
http://www.kpdnkk.gov.my/web/guest/pengguna/penguatkuasaan/brg-kawalan/harga-brg-kawalan



Readmore..

Friday, August 3, 2012

20 harga barangan dikawal sempena Aidilfitri

| Friday, August 3, 2012 | 0 comments




PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan 20 jenis barang runcit yang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri.

Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tempoh kuatkuasa skim kawalan harga itu ialah selama 15 hari, mulai 12 hingga 26 Ogos. "Semua peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal untuk mudah membezakan dengan barang-barang lain," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, peniaga yang gagal berbuat demikian dan tidak mematuhi peraturan harga di bawah skim itu akan dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011.

Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pemantau Harga akan berada di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna untuk memastikan semua peraturan dipatuhi, katanya.

Harga maksimum bagi barang terkawal itu ialah untuk ayam hidup (RM5.70); ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80); ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).

Daging lembu tempatan (RM22.00); daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00); daging kerbau tempatan (RM21.00) dan daging kerbau import India (RM13.50).

Selain itu telur ayam gred A (RM0.35 sen), gred B (RM0.34 sen) dan gred C (RM0.33 sen); kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20); cili merah (RM10.00); dan tomato (RM4.50).

Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit saja (RM6.00); kacang tanah import (RM6.50), bawang merah kecil India (RM5.00); bawang besar import (RM2.50), bawang putih China (RM7.50), ubi kentang import China (RM3.00) dan ikan kembung (RM12.00).

Ismail Sabri berkata, senarai harga berkenaan adalah berdasarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana untuk beberapa negeri tertentu termasuk di Sabah dan Sarawak terdapat sedikit perbezaan harga.

Aduan mengenai peniaga tidak mematuhi skim itu boleh dibuat menerusi emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my, atau talian bebas tol 1-800-886-800, SMS ke 15888 dengan menaip "KPDNKK ADUAN " atau lapor terus di pejabat KPDNKK di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian akan menyiasat berhubung aduan kenaikan harga simen sebelum sebarang tindakan diambil kerana simen tidak tertakluk di bawah barang kawalan.

"Jika siasatan mendapati kenaikan harga barang itu melampau dan sengaja dinaikkan tanpa alasan munasabah, tindakan boleh dikenakan," katanya.

- BERNAMA


Readmore..

Friday, January 7, 2011

15 barangan terkawal sempena Tahun Baru Cina 2011

| Friday, January 7, 2011 | 0 comments



PETALING JAYA: 15 barang harga terkawal akan disenarai di bawah skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa dua atau tiga hari sebelum perayaan itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antaranya ialah daging babi, ayam dan bawang putih.

"Proses menyenaraikan jenis barangan itu masih dilakukan mengikut populariti di kalangan masyarakat Cina dan akan diumum dua minggu sebelum Tahun Baru Cina," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Pesta Tilam "Barangan Jenama Antarabangsa Malaysia" ke-7 di Ikano Power Center hari ini.

Beliau berkata, perbincangan akan dijalankan dengan pihak industri berkenaan bagi menetapkan harga barangan kawalan bergantung kepada permintaan pasaran.

Mengulas bekalan minyak masak, Ismail menasihati pengguna supaya tidak panik dan risau mengenai bekalan bahan itu kerana kerajaan sudah menambah sehingga 84,000 tan metrik bekalan bulan ini.

"Kekurangan bekalan dijangka pulih dalam tempoh dua minggu kerana masih dalam proses pembungkusan dan penghantaran ke semua pasar raya dan kedai-kedai yang terjejas," katanya.

Beliau berkata, masalah ini berikutan sebuah syarikat yang juga antara pemain utama dikesan menghentikan operasi secara mengejut sehingga menyebabkan 5,000 tan metrik minyak masak tidak dijual.

Beliau juga menolak spekulasi mengenai kenaikan harga bekalan minyak masak.

"Kabinet tidak pernah pun berbincang mengenai harga minyak naik dan kami tiada rancangan sebegitu...," katanya.

Berhubung peningkatan ekonomi domestik, Ismail Sabri menggesa pengeluar tempatan dan pengeluar peralatan tulen melabur bagi meningkatkan inovasi dan kawalan kualiti bagi memenuhi permintaan pengguna dalam dan luar negeri.

"Hanya menerusi inisiatif sebegitulah mereka dapat mengeluarkan produk yang dapat memenuhi keperluan gaya hidup dan kesihatan pelanggan," katanya. - BERNAMA

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com