
Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.
SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!
Popular Posts
Monday, April 9, 2012
Awas! Taktik menculik budak di pasaraya
Saturday, October 23, 2010
Tujuh culik budak minta tebusan RM1 juta dipenjara

TUJUH lelaki dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam, selepas mengaku bersalah menculik kanak-kanak tahun lalu.
SHAH ALAM: Tujuh lelaki dihukum penjara antara tiga hingga lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas mengaku bersalah menculik kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun bagi mendapatkan wang tebusan RM1 juta, tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap buruh, N Arumugam, 43; jurujual, R Chandran, 24; kelindan lori, K Thianagaran, 26; penoreh getah, K Magindran, 28, dan jurujual, R Parameswaran, 27, manakala dua pesalah muda, G Thiagarajan, 20, dan M Prabu, 21, dihukum penjara tiga tahun.
Asmabi yang memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh semua tertuduh ditahan antara 20 hingga 22 April 2009, menegur perbuatan semua tertuduh dengan berkata: “Jika anak hilang sekejap pun kita sudah gelisah, inikan pula lima hari.”
Semua tertuduh mengaku salah atas tuduhan pilihan menculik mangsa di hadapan pusat tuisyen berhampiran rumahnya di Bandar Utama, Petaling Jaya, di sini jam 8.20 pagi 10 April 2009.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda.
Mengikut fakta kes, mangsa diculik di hadapan pusat tuisyen oleh empat lelaki bersenjatakan parang sebelum dikurung di sebuah rumah di Taman Hijau, Rawang dan dibebaskan apabila keluarganya menyerahkan wang tebusan RM1 juta di Plaza Tol Sungai Buloh, pada 14 April 2009. Hanya sebahagian kecil wang tebusan ditemui semula daripada Arumugam.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhairy Zakaria, manakala tertuduh diwakili peguam S Sundarajan, James George, P Vijian, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Amirul Ridzuan Hanif.
Terdahulu ketika rayuan, peguam tertuduh berkata, anak guam mereka terjebak dengan kesalahan itu akibat terdesak dan kesempitan hidup. Ada antara anak guam mereka berhijrah dari kawasan pedalaman untuk mencari kehidupan di bandar sehingga terpaksa berhutang dengan peminjam wang haram atau along.
Mohd Suhairy bagaimanapun, memohon hukuman berat kerana kes itu mengakibatkan ahli keluarga mangsa trauma, selain menimbulkan ketakutan kepada masyarakat setempat.
Katanya, mangsa bukan saja dikurung selama lima hari, malah bapanya terpaksa membuat pengorbanan dengan menyediakan wang tebusan sebanyak RM1 juta untuk anaknya.
THERE ARE MORE HERE
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
“PEREMPUAN itu buat cerita saja. Bila minta bukti tak tunjuk, malah bila ditanya keluarga Riza, mereka tidak pernah menghantar rombongan mem...
-
Pasangan hidup adalah salah satu perkara yang menentukan terbinanya kehidupan sakinah wa rahmah di dalam keluarga. Tentunya selain ketaqwaan...
-
HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanya...
-
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfield...
-
KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah ...
-
SAYA pernah terbaca mesej lucah yang dihantar suami kepada seorang perempuan dan sejak itu kami sering bergaduh, malah saya mula tidak mempe...
-
Tip Praktikal Memastikan Agar Percutian Menggembirakan Tidak Menjadi Tragedi Ngeri Buat Anda Dan Keluarga 1. Pilih Tingkat Yang Betul ...
-
Sentuhan fizikal bukan saja menjalinkan hubungan yang erat tetapi turut melahirkan perasaan kasih sayang. Malah, ia adalah salah satu bahasa...
-
JULIA PEREZ keluar dengan foto-foto perkahwinan yang unik tetapi dianggap 'liar' oleh khalayak. PELAKON seksi, Julia Perez sentiasa ...