
MALAYSIA sudah mempunyai kerangka kerja penyelesaian andainya institusi kewangan konvensional atau Islam dalam negara, termasuk bank asing, mengalami tekanan.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, BNM kini lebih memberi tumpuan terhadap penyelarasan penyelesaian memandangkan pengantarabangsaan kewangan Islam, membuka ruang untuk institusi kewangan tempatan beroperasi di luar pesisir dan sebaliknya.
“Jika ada yang menghadapi tekanan, bank pusat akan menanganinya pada peringkat awal dan menyediakan mekanisme serta infrastruktur untuk bertindak segera bagi mengurangkan kos penyelesaian yang dilakukan.
“Ujian tekanan dilakukan untuk senario buruk seperti pertumbuhan perlahan atau pembetulan pasaran kewangan, yang kami sentiasa melakukannya, sebelum krisis atau sebelum ia menjadi isu di Eropah atau Amerika Syarikat,” katanyapada mesyuarat meja bulat sempena Sidang Kemuncak Risikan Kewangan Islam (IFIS) 2011 di Kuala Lumpur, semalam.
Zeti berkata, industri itu mahu melihat lebih banyak pengantarabangsaan, hubungan dan kemasukan kewangan dalam sistem kewangan Islam.
Sementara itu, katanya, kadar inflasi di Malaysia sudah meningkat dan stabil walaupun inflasi makanan masih ada, tetapi perlu ditangani menerusi langkah lain selain kadar faedah.
Popular Posts
Thursday, November 17, 2011
BNM sedia hadapi tekanan kewangan
Saturday, September 10, 2011
Syarikat China labur RM900 juta di ECER

SERI KEMBANGAN: Biro Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Luar Wenzhou yang berpangkalan di China akan melabur RM900 juta untuk menubuhkan satu taman perindustrian bersepadu yang terdiri daripada kemudahan logistik dan rumah gudang di Zon Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kuantan, Pahang.
Menerusi pelaburan ini, Wenzhou akan mempunyai kompleks urus niaganya yang pertama di ECER, yang akan terletak di taman perindustrian bersepadu bagi menggalakkan lagi perdagangan dua hala.
Pembinaan taman perindustrian bersepadu itu dijadual bermula pada Jun tahun depan dan akan siap dalam tempoh 18 bulan.
Biro Kerjasama Ekonomi itu dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) hari ini bertukar-tukar dokumen bagi memformalisasikan rancangan pelaburan dalam zon khas itu dan disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa berkata, kedua-dua pihak turut bekerjasama untuk mengenal pasti bidang-bidang baharu kerjasama ekonomi yang boleh merancakkan pelaburan.
"Saya berharap pelaburan ini akan menarik syarikat-syarikat lain dari China untuk melabur di Kuantan dan bahagian-bahagian lain Pantai Timur," katanya.
Majlis itu adalah sebahagian daripada Persidangan Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa Malaysia-China 2011 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Persidangan itu dihadiri lebih 1,000 delegasi dari China, Dubai, Sri Lanka, Iran dan Jepun. Lebih 400 delegasi adalah dari China.
Mustapa menasihatkan syarikat China yang berminat untuk mengendalikan projek di Malaysia menggunakan perkhidmatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Mustapa yang dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China bulan depan berkata beliau akan membincangkan rancangan taman perindustrian seluas 55 kilometer persegi akan dibina di Wenzhou sebagai satu projek usaha sama antara syarikat Malaysia dan China.
"Fasa pertama projek itu dijangka siap pada tahun 2015. Cadangan untuk projek itu belum lagi dikemukakan," katanya.
Wenzhou yang juga dikenali sebagai "ibu negara perindustrian ringan China" menghasilkan 60 peratus daripada kasut di China dan mempunyai tapak kukuh dalam pembuatan pakaian.
Ia juga adalah pusat pembuatan utama untuk alat peranti elektrik, alat elektronik dan mesin ringan.
Wenzhou sudah mewujudkan pusat komersial di Brazil, Belanda, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat dan Jerman.
Di Malaysia, pusat perdagangannya terletak di Ipoh, Perak, sementara pusat perdagangannya di Senai, Johor, pada masa ini sedang dalam pembinaan.
Terdahulu, dalam majlis perasmian persidangan itu, Mustapa berkata MITI yang memberi fokus kepada Beijing dan Shanghai, sudah memperluaskan rangkaiannya di China meliputi wilayah Wenzhou, Yunnan dan Guangxi.
"Kita juga akan bekerjasama dengan persatuan Hainan, Hakka, Teochew, Fuchow dan Guangxi untuk membantu kita dalam kerjasama ini," katanya. - BERNAMA
Thursday, April 21, 2011
Living in Malaysia is expensive
If you don't know already, it's expensive to live in Malaysia, especially in Kuala Lumpur. A report shows that Malaysians have less purchasing power than many nationals elsewhere.
The Malaysian Insider, an online Malaysian news website, examined the purchasing power of Malaysians in comparison to nationals of other countries. The website cited a 2010 Prices and Wages report by UBS AG, a Swiss banking giant.
Here are the highlights:
The purchasing power of KL residents is 33.8% of New Yorkers; 42% compared to London, 33.7% to Sydney, 32.6% to Los Angeles, and 31.6% to Zurich.
KL workers need to labour 22 minutes for a bread loaf. In comparison, Los Angeles counterparts take 18 minutes. In Sydney, it's 16 minutes. In Tokyo, 15 minutes. In Zurich, 12 minutes.
The Malaysian Insider also compared broadband prices in Malaysia to those in countries. Even after currency conversion, Malaysia comes out on top... in expensiveness. Here's the summary:
Kuala Lumpur - 5Mbps broadband package - RM149
London - 10Mbps broadband package - GBP13.50
Melbourne - 5-8Mbps broadband package - AUD40
New York - 7Mbps broadband package - USD41.95
Here's another tidbit from The Malaysian Insider article:
In KL, a Honda Civic is priced at RM115,000 - 20 times an auditor's average monthly earnings.
In Melbourne & London, the price is respectively AUD25,000 and GBP19,000 - 3 times an auditor's average monthly earnings in those places.
Follow MSN Malaysia News on Twitter (twitter.com/mymsnnews) for breaking news in Malaysia and the world.
Credit
Friday, April 15, 2011
Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) agih 2.17 sen

SERAMAI 60,000 pemegang akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) akan mendapat pulangan tahunan sebanyak 6.50 peratus apabila Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) mengumumkan pengagihan pendapatan pertamanya sebanyak 2.17 sen seunit untuk dana AHB bagi tempoh empat bulan berakhir 31 Mac 2011.
Pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah kira-kira RM19 juta yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemegang pada 18 April 2011.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, daripada jumlah keseluruhan pemegang unit AHB, hampir 40,000 atau 67 peratus terdiri daripada pelabur kecil yang melabur sekitar RM500 hingga RM1,000.
Beliau berkata, sejak dilancarkan pada 29 November 2010, sebanyak satu bilion unit AHB habis dilanggan dalam masa tiga bulan dan PHB juga bakal membesarkan saiz dana AHB dengan menyasarkan untuk membuka lagi 500 juta unit pada suku akhir tahun ini bagi memberi peluang kepada rakyat keseluruhannya.
“PHB juga merancang untuk membeli lebih banyak aset bagi meluaskan lagi bank tanah syarikat itu, memandangkan PHB kini mempunyai 60 hektar bank tanah di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang dengan anggaran nilai pembangunan kasarnya (GDV) lebih RM2 bilion,” katanya pada majlis pengumuman pengagihan pertama AHB, semalam.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MIM, Nor’ Azamin Salleh berkata, Selangor mencatatkan peratusan jualan tertinggi bagi dana AHB iaitu 23.4 peratus diikuti Wilayah Persekutuan sebanyak 15.6 peratus.
Wednesday, March 9, 2011
Harga saham ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan minat pelabur kekal fokus kepada sektor berkaitan inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP), khususnya perladangan, minyak dan gas, kata peniaga.
Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.03 mata atau 0.40 peratus kepada 1,523.69. Pada pembukaan, FBM KLCI dibuka 1.52 mata lebih tinggi kepada 1,519.18. Selepas itu, ia bergerak antara 1,519.18 dan 1,525.69.
Peniaga berkata, sentimen pasaran begitu positif, dirangsang perkembangan korporat yang menggalakkan dan tinjauan meyakinkan terhadap pelaburan sementara prestasi semalaman Wall Street memberikan kekuatan tambahan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan sembilan projek baru di bawah ETP yang akan menarik pelaburan berjumlah sehingga RM2.268 bilion, termasuk simpanan dan menjana RM11.71 bilion pendapatan negara kasar (GNI) menjelang 2020.
Arah aliran menaik bursa tempatan juga seiring dengan pasaran saham serantau lain yang diniagakan tinggi, didorong kejatuhan harga minyak.
Indeks Kewangan melonjak 114.72 mata kepada 13,750.33, Indeks Perladangan meningkat 3.35 mata kepada 7,745.06 dan Indeks Perindustrian menambah 0.03 mata kepada 2,829.63.
Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia meningkat 65.82 mata kepada 10,414.37, Indeks ACE FTSE Bursa Malaysia mengukuh 17.10 mata kepada 4,148.69 dan Indeks Mid 70 FTSE Bursa Malaysia menambah 150.31 mata kepada 11,056.67.
Jumlah dagangan mengukuh kepada 1.50 bilion saham bernilai RM2.24 bilion daripada 1.17 bilion saham bernilai RM1.75 bilion semalam dengan saham untung mengatasi saham rugi dengan 575 berbalas 211 sementara 267 kaunter tidak berubah.
Saham yang mendapat perhatian hari ini, termasuk Mudajaya Group, Cypark Resources, KESM Indutries dan Heveaboard.
Mudajaya dibuka 10 sen lebih tinggi pada RM4.80 susulan cadangan eksesais korporat yang membabitkan terbitan bonus 1-untuk-3 dan skim opsyen saham pekerja.
Kaunternya meningkat 15 sen kepada RM4.85 ketika ditutup.
Di kalangan saham utama, SAAG Consolidated kekal pada 10 sen, Petronas Chemicals menambah 2.5 sen kepada RM6.70, Ho Wah Genting naik setengah sen kepada 58.5 sen sementara Karambunai susut 1.5 sen kepada 20 sen.
Di kalangan kaunter saham mewah, CIMB naik 14 sen kepada RM8.15, AMMB mengukuh 16 sen kepada RM6.46, Sime Darby menambah dua sen kepada RM9.12, Tenaga tidak berubah pada RM6.30 sementara Genting kerugian enam sen kepada RM10.32.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 1.182 bilion saham bernilai RM2.19 bilion daripada 920.570 juta saham bernilai RM1.71 bilion semalam.
Waran-waran menokok kepada 205.512 juta unit bernilai RM40.547 juta daripada 140.197 juta unit bernilai RM25.514 juta.
Jumlah dagangan di pasaran ACE menambah kepada 104.282 juta saham bernilai RM13.154 juta daripada 102.541 juta saham bernilai RM13.581 juta.
Produk pengguna menguasai 42.65 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 284.947 juta, pembinaan 39.31 juta, urus niaga dan perkhidmatan 512.907 juta, teknologi 21.80 juta, infrastruktur 12.76 juta, kewangan 61.50 juta, perhotelan 1.21 juta, hartanah 156.896 juta, perladangan 45.02 juta, perlombongan 73,900, REIT 2.79 juta dan dana tertutup 155,000. - BERNAMA
Najib unveils 9 more EPP projects

The projects, combined with 14 projects announced earlier, will involve total investment of RM14.75 billion and generate 88,354 job opportunities.
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today unveiled nine more EPP projects which, combined with 14 projects announced since the last update of the Economic Transformation Programme (ETP), represents a combined 23 projects with total investment worth RM14.75 billion.
Speaking at the 4th ETP progress update, Najib said the 23 projects will also generate RM20.1 billion GNI and 88,354 job opportunities.
The nine new projects are under the tourism, heathcare, agriculture, palm oil and rubber,electronics and electrical, oil, gas and energy NKEAs.
Najib said total potentiai investment for this year is RM127bil. He saidd some of the planned investment may not be realised.
"It is possible that some of them may be delayed, postponed or even cancelled. Nonetheless, it does give us confidence that we can achieve then RM83bil target for 2011," he said.
Wednesday, February 16, 2011
Carrefour mesti akur

PEMILIK rangkaian pasar raya besar Carrefour Malaysia yang kini 100 peratus dimiliki syarikat asing perlu mematuhi Syarat Kelulusan Pasar Raya Besar yang ditetapkan Jawatankuasa Perdagangan dan Pengedaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan menawarkan sekurang-kurangnya 30 peratus pegangan ekuiti kepada syarikat Bumiputera jika ingin meneruskan operasi perniagaannya di negara ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kegagalan mengekalkan pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera boleh mengakibatkan kelulusan untuk menjalankan perniagaan ditarik balik.
“Saya tidak boleh mengulas panjang kerana saya difahamkan Hartajaya sekali lagi membuat rayuan kepada mahkamah untuk menghalang pemindahan 30 peratus ekuiti berkenaan.
“Bagaimanapun, seandainya, keputusan mahkamah nanti tetap tidak berubah, Magnificent Diagraph perlu mematuhi syarat kelulusan ditetapkan dengan menawarkan 30 peratus pegangan ekuiti kepada syarikat Bumiputera untuk membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan Carrefour Malaysia,” katanya.
Mahkamah Persekutuan Putrajaya, semalam menolak permohonan injunksi yang difailkan Hartajaya Harmoni Sdn Bhd (Hartajaya) bagi menghalang 30 peratus pegangan saham dalam Magnificent Diagraph Sdn Bhd (Magnificent Diagraph), operator Carrefour Malaysia, dipindahkan kepada Carrefour Netherlands BV (Carrefour NBV).
Sementara itu, Peguam Gideon Tan yang mewakili Hartajaya berkata, pihaknya memfailkan permohonan itu di Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun ia ditolak.
Hartajaya sebelum ini membuat permohonan injunksi kepada Mahkamah Tinggi untuk menghalang pemindahan saham itu. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 7 Februari lalu menarik balik keputusan itu.
Difahamkan, urusan pindah milik 30 peratus saham milik Bumiputera dalam Hartajaya kepada Carrefour NBV dibuat serta-merta selepas keputusan itu ditetapkan.
Ketika ini, Carrefour NBV memegang 56.06 peratus ekuiti dalam Magnificent Diagraph menjadikannya pemegang saham terbesar dalam syarikat itu.
Pemegang saham lain dalam syarikat itu terdiri Mildew BV yang mempunyai 34.61 peratus ekuiti dan Carrefour Malaysia Sdn Bhd (9.33 peratus).
THERE ARE MORE HERE
-
KUALA LUMPUR: Rakaman gambar bogel mangsa di depan kamera web turut menjadi alat lelaki Nigeria memeras ugut wanita tempatan bagi mendapatka...
-
SAYA ingin tahu mengenai kaitan kehamilan dan kedatangan haid. Adakah benar seseorang wanita itu boleh hamil meskipun dia baru didatangi hai...
-
10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN 1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara m...
-
AIDIL ZAFUAN dan Rita Rudaini bersama dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. SHAH ALAM - Isu surat tuntutan yang diterim...
-
From NetEase : Noodle restaurant uses “beef extract” additive to turn pork into beef in 90 minutes Summary: Recently, the Hefei department o...
-
SHAH ALAM — Universiti Industri Selangor (Unisel) bakal dikenali dengan nama baru iaitu Universiti Selangor bermula 14 Feb ini. Presiden dan...
-
JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata ...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
HONG KONG: The locations of the 35 stations of the first Mass Rapid Transit (MRT) line from Sg Buloh to Kajang are expected to be finalised...
-
MEMETIK laporan disiarkan dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Safee akan menerima gaji bulanan sebanyak AS$10,000 (RM...