
Ini perkembangan filem buatan Malaysia yang sungguh membanggakan. Filem epik Hikayat Merong Mahawangsa arahan Yusry Abdul Halim, diterbitkan oleh KRU Studios dengan bajet RM8 juta (bajet kedua terbesar selepas filem Puteri Gunung Ledang) kini berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa setelah mendapat sambutan menggalakkan di 25 negara luar termasuklah England, Perancis, Jerman, Russia serta beberapa negara di Timur Tengah.
Hikayat Merong Mahawangsa atau dikenali sebagai The Malay Chronicles: Bloodlines difilemkan sepenuhnya di Terengganu, di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Pahang. Filem ini menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya diselang-seli dengan bahasa Melayu zaman Hang Tuah serta bahasa Cina.
KRU Studios telah menandatangani perjanjian dengan Universal Pictures International untuk mengedarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa, supaya ia dapat ditayangkan ke jutaan pawagam di serata dunia seperti mana filem-filem antarabangsa lainnya.
Mungkin, Hikayat Merong Mahawangsa dapat diterima di negara lain seperti mana kita menerima filem The Chronicles Of Narnia:Prince Caspian serta The Advantures Of Aladdin. Walaupun bahasa filem kita langsung tidak dapat difahami, sekurang-kurangnya alunan muzik, paparan adegan beremosi serta aksi membuat penonton menyukai jalan cerita filem, seperti mana orang Jerman meminati filem-filem Jepun.
Pelakon utama Hikayat Merong Mahawangsa adalah Stephen Rahman Hughes manakala pelakon-pelakon lain di dalam filem ini adalah Datuk Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Ummi Nazeera, Khir Rahman dan, Craig Fong, Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi.
Sumber: Murai
Popular Posts
Friday, March 11, 2011
Hikayat Merong Mahawangsa Menjadi Filem Peringkat Antarabangsa
Monday, May 31, 2010
KRU lamar Anuar Zain

JIKA benarlah cerita yang Cik Normah dengar ini, rasanya Cik Normah hendak menjadi orang yang pertama mengucapkan tahniah kepada penyanyi lelaki ini. Gembira sungguh diri ini apabila mendapat tahu yang penyanyi kesayangan Cik Normah ini bakal menyumbangkan suara hebatnya untuk sebuah filem epik yang sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Walaupun masih belum ada perjanjian rasmi mengenainya dilakukan, namun angin sepoi-sepoi bahasa menyampaikan kepada Cik Normah yang penerbit filem ini begitu berminat untuk menyunting penyanyi ini untuk menyampaikan lagu latar filem ini.
Khabarnya, perbincangan sudah pun diadakan dan bagi pihak si penyanyi sendiri nampaknya menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama. Dengar ceritanya, penyanyi lelaki kacak dan mempunyai ramai peminat ini berminat selepas mendengar lagu berkenaan ditambah dengan gandingan bersama kumpulan orkestra. Tentunya ramai yang ingin tahu siapakah penyanyi yang Cik Normah maksudkan, bukan? Jika tiada aral melintang, besar kemungkinan vokal mantap Anuar Zain bakal berkumandang menghiasi filem Hikayat Merong Mahawangsa yang diarahkan oleh Yusry KRU.
Wah! Bijak sungguh KRU memasang strategi untuk mempromosikan filem ini. Bagi Cik Normah sendiri, pemilihan Anuar sebagai penyanyi latar untuk filem inji memang tepat. Apatah lagi nyanyiannya nanti bakal diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia.
Terbayang-bayang Cik Normah akan kehebatan vokal Anuar bersatu dengan muzik yang dilantunkan oleh orkestra berkenaan. Pasti hebat! Hmm tak sabar Cik Normah menanti hasilnya.
THERE ARE MORE HERE
-
KUALA LUMPUR: Rakaman gambar bogel mangsa di depan kamera web turut menjadi alat lelaki Nigeria memeras ugut wanita tempatan bagi mendapatka...
-
SAYA ingin tahu mengenai kaitan kehamilan dan kedatangan haid. Adakah benar seseorang wanita itu boleh hamil meskipun dia baru didatangi hai...
-
10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN 1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara m...
-
AIDIL ZAFUAN dan Rita Rudaini bersama dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. SHAH ALAM - Isu surat tuntutan yang diterim...
-
From NetEase : Noodle restaurant uses “beef extract” additive to turn pork into beef in 90 minutes Summary: Recently, the Hefei department o...
-
SHAH ALAM — Universiti Industri Selangor (Unisel) bakal dikenali dengan nama baru iaitu Universiti Selangor bermula 14 Feb ini. Presiden dan...
-
JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata ...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
HONG KONG: The locations of the 35 stations of the first Mass Rapid Transit (MRT) line from Sg Buloh to Kajang are expected to be finalised...
-
MEMETIK laporan disiarkan dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Safee akan menerima gaji bulanan sebanyak AS$10,000 (RM...