
PBT, polis, JPJ kerjasama senarai hitam pesalah lalu lintas
PUTRAJAYA: Kadar kompaun bagi kesalahan lalu lintas di bawah bidang kuasa 12 majlis bandaraya di seluruh negara akan diselaraskan mengikut struktur kompaun yang ditetapkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) (Pindaan 2010), termasuk mengenakan kompaun lebih tinggi bagi mereka yang lewat membayarnya.
Penyelarasan kadar kompaun itu diperuntukkan mengikut Kompaun Baru Kesalahan Lalu Lintas dan Fii bagi Tindakan Mengapit, Mengalih dan Menyita Kenderaan mengikut APJ 1987 dan Akta Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengeluarkan pekeliling dalam masa terdekat mengarahkan semua majlis bandaraya terbabit menerima pakai pindaan berkuat kuasa sejak 1 Mac lalu itu, yang sudah digunakan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pada masa sama, PBT juga bekerjasama dengan polis dan JPJ bagi menyenarai hitam pesalah lalu lintas dalam bidang kuasa mereka, seperti dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekarang.
Menterinya, Datuk Chor Chee Heung, berkata kadar maksimum kompaun adalah RM300 supaya tidak membebankan orang ramai manakala bagi pesalah yang melakukan tiga kali atau lebih kesalahan dalam tempoh dua bulan, kadar kompaun akan berganda tanpa mengira tempoh bayaran tetapi dihadkan pada RM300 setiap kesalahan.
“Setakat ini, saya difahamkan hanya 50 hingga 60 peratus yang bayar saman dikeluarkan polis dan dengan kaedah ini saya rasa dapat galak orang bayar saman dengan lebih cepat.
“Buat masa sekarang, ada kesalahan yang boleh dikuatkuasa oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi kadar kompaun adalah berbeza dan semua wakil kerajaan negeri yang menghadiri Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) hari ini (semalam) sudah bersetuju mengenai penyelarasan kadar kompaun terbabit," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MNKT Ke-64 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, semalam.
Chee Heung menegaskan, mengikut Perkara 95(a) Perlembagaan Persekutuan, apa saja yang diputuskan oleh MNKT harus dibawa balik serta dilaksanakan di setiap negeri dan jika ada mana-mana dasar atau undang-undang yang tidak dapat diterima pakai dengan sepenuhnya maka ia boleh dipinda bagi disesuaikan mengikut negeri berkenaan.
Selain penyelarasan kompaun itu, mesyuarat MNKT turut mempersetujui lima kertas KPKT serta empat kertas makluman yang sudah mendapat kelulusan Kabinet sebelum ini seperti Dasar Perumahan Negara bagi menyediakan perumahan mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu milik.
Pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 pula mewajibkan pemasangan komunikasi jalur lebar sebagai kelengkapan asas sesuatu premis manakala pemaju banglo, bangunan berkembar dan bangunan berasingan milik kerajaan, komersial atau industri diwajibkan memasang Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH).
Chee Heung berkata, pemasangan SPAH dijangka dapat mengurangkan penggunaan air yang dirawat sehingga 75 peratus. Setiap isi rumah menggunakan purata 227 liter air sehari dan 25 peratus daripadanya adalah untuk menyiram tanaman, kegunaan tandas, dan mencuci, yang boleh menggunakan air hujan.
Popular Posts
Sunday, May 22, 2011
Kadar kompaun diselaras
Wednesday, February 16, 2011
Kadar kompaun diselaras 1 Mac

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan akan menyelaraskan kadar kompaun baru kesalahan lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 berkuat kuasa 1 Mac ini.
Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, penyelarasan tersebut adalah susulan daripada persetujuan jemaah menteri untuk menyusun semula kesalahan lalu lintas daripada tiga kategori kepada empat kategori.
Menurutnya, ia termasuklah jenis kelas kenderaan, tahap keseriusan kesalahan dan tempoh pembayaran serta kesalahan yang dilakukan berulang kali oleh pengguna jalan raya.
“Kadar kompaun ini hanya akan dilaksanakan ke atas saman-saman yang dikeluarkan pada atau selepas 1 Mac 2011 dengan nilai minimum RM40 dan maksimum RM300.
“Saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan juga mendapat keistimewaan ini sekiranya kesalahan dilakukan di bawah akta berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat kementeriannya di sini semalam.
THERE ARE MORE HERE
-
KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdeda...
-
LOS ANGELES: Bintang pop sensasi, Justin Bieber, terbabit dalam kemalangan ketika memandu kereta Ferrarinya di Los Angeles awal pagi tad...
-
Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan ...
-
CIPANAS: Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Jumhur Hidayat, semalam turut menafikan laporan ...
-
Pelajar tajaan MARA kena tindakan jika sertai perhimpunan haram KUALA LUMPUR: Tindakan akan diambil terhadap penuntut tajaan Majlis Amanah R...
-
KUALA LUMPUR – Kesemua produk makanan yang diimport dari Jepun tidak akan dibenar dibawa masuk ke negara ini sekiranya tidak mempunyai Sijil...
-
BANTING: Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, pagi ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan kes seorang peguam, N Pathman...
-
Percaya atau tidak, dalam masa beberapa tahun lagi salah seorang wakil Malaysia yang dihantar bagi menyertai pertandingan Miss Universe baka...
-
Soalan : Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut, iaitu hari Jumaat? Jawapan : Para ulama berbe...