Showing posts with label keburukan laman sosial facebook. Show all posts
Showing posts with label keburukan laman sosial facebook. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

774 Wanita Gersang Cair Digoda Nigeria

| Thursday, September 15, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencatatkan sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan terutama mereka yang kesepian dan ketandusan kasih sayang.

“Taktik atau cara yang mereka lakukan ialah menghantar e-mel atau mesej melalui laman sembang sosial di Internet seperti facebook, Tagged dan Wayn kepada ratusan mangsa dalam sehari,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan pada komputer riba yang digunakan seorang ahli sindiket terbabit, pihaknya menemui skrip berkenaan bersama fail lain yang siap disusun atur dalam pelbagai versi bagi menjayakan rancangan mereka.

Readmore..

Monday, September 12, 2011

Ira disihir guna gambar dalam FB

| Monday, September 12, 2011 | 0 comments


NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).

Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

Readmore..

Thursday, February 17, 2011

Rekrut keldai melalui Facebook

| Thursday, February 17, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR – Sindiket pengedaran dadah kini berubah angin apabila mereka didapati menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium untuk merekrut wanita tempatan menjadi keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, modus operandi sindiket ialah akan berkenalan, menjalin hubungan rapat dengan wanita dan apabila mendapat kepercayaan, mereka akan digunakan untuk mengedar dadah.

“Setelah wanita-wanita ini menjadi kawan melalui Facebook, mereka dibawa melancong ke luar negara dan tinggal di tempat-tempat mewah sebelum diperangkap menjadi keldai dadah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Noor Rashid berkata demikian bagi mengulas mengenai penahanan seorang pemuda berusia 23 tahun di Lapangan Terbang Ezeiza, Buenos Aires, Argentina akhir bulan lalu ketika cuba menyeludup keluar dadah jenis kokain dari negara itu ke Qatar.

Readmore..

Wednesday, February 16, 2011

Dari facebook ke bilik hotel

| Wednesday, February 16, 2011 | 0 comments



GEORGETOWN: Angkara laman sosial facebook, seorang suami terpaksa berdepan kecurangan isterinya yang menjalin hubungan cinta dengan bekas teman lelakinya sejak lima bulan lalu.

Malah, lelaki berkenaan mendakwa hubungan isterinya bersama ‘kekasih gelap’ berkenaan bukan saja setakat melalui laman sosial terbabit, tetapi dibawa hingga ke bilik hotel.

Menurutnya, isterinya bukan saja mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya serta dua anak berusia 10 dan 13 tahun, tetapi sudah pandai bergaya.

Suami berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 48, berkata, meskipun bekerja sebagai kerani, isterinya berubah menjadi lebih pandai bergaya sekali gus menimbulkan kesangsian kepadanya.

Bukan itu saja katanya, isterinya berusia 30-an sanggup menghabiskan masa beberapa jam melayari laman sosial sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

“Semuanya terbongkar selepas saya berjaya melayari facebook isteri dan terkejut mendapati pelbagai ayat cinta dalam laman sosialnya itu.

“Kemuncak hubungan mereka ialah apabila rakan saya ternampak kelibat isteri bersama seorang lelaki memasuki sebuah hotel.

“Pada mulanya saya tak percaya, tetapi apabila ditunjukkan bukti, saya tergamam,” katanya yang tampil mendedahkan perkara itu selepas Harian Metro baru-baru ini mendedahkan kisah isteri lari mengikut teman lelaki angkara facebook dalam laporan Jejak Songsang facebook.

Osman kemudian bertanya kepada isterinya mengenai kejadian itu dan isterinya mengaku mengenai perbuatannya.

“Saya terkejut dan tidak mampu berkata-kata apabila isteri mengaku dia bersama bekas kekasihnya berusia 40-an menginap di sebuah hotel di negeri ini.

“Saya kesal dan sedih kerana isteri sanggup curang terhadap saya selepas sekian lama kami berkahwin,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, mereka sudah berumahtangga sejak 15 tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata.

Sebelum ini katanya, rumah tangga mereka tiada masalah sehinggalah ‘penangan’ facebook yang mengubah isterinya termasuk penampilan dan sikap.

Katanya, sejak pengakuan isterinya, dia memberi kata dua sama ada mahu berubah atau perkara itu dibawa ke pihak berkuasa.

“Saya tidak mahu dikatakan suami dayus. Sejak pengakuannya itu, saya sudah meminta bantuan pegawai agama Pulau Pinang menasihati isteri supaya kembali ke pangkal jalan dan memberi tumpuan kepada keluarga.

“Meskipun kepercayaan saya sudah hilang terhadapnya, saya berusaha memujuk diri dan berusaha menyelamatkan rumah tangga yang kami bina sejak belasan tahun lalu,” katanya yang berserah kepada takdir.

Readmore..

Monday, January 10, 2011

Kecoh Facebook akan ditutup 15 Mac depan

| Monday, January 10, 2011 | 0 comments


GAMBAR laman web Facebook pada skrin sebuah komputer di Washington pada 9 November lalu.


PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."

"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.

Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."


MARK ZUCKERBERG


"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi

Readmore..

Friday, November 12, 2010

3 bersaudara disaman angkara laman sosial facebook

| Friday, November 12, 2010 | 0 comments

SHAH ALAM: Seorang wanita memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail, dan tiga anggota keluarganya kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah menerusi laman sosial Facebook.

Zalina Jaafar, 42, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Faizul Mohd Nasir di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Selain Mahharul, dua adik perempuannya, Maisarah dan Norsyam serta anak saudara mereka, Wan Ikhwan Wan Azani, turut dinamakan sebagai defendan.

Zalina yang menyatakan jawatannya sebagai pembantu seorang "ahli majlis" Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa Mahharul telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sosial milik ahli majlis PKR itu pada 28 September lalu dan kenyataan di laman sosial milik Wan Ikhwan dikeluarkan pada 21 September lalu.

Beliau turut mendakwa Maisarah dan Norsyam dengan niat jahat telah mengeluarkan kata-kata fitnah yang menyentuh peribadinya secara palsu pada laman sosial milik Wan Ikhwan.

Zalina berkata, pernyataan oleh semua defendan telah menyebabkan karakter dan reputasi berkaitan dirinya telah dicemari.

Beliau menuntut ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teladan, kos dan faedah pada kadar lapan peratus setahun serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Zalina yang turut hadir di mahkamah, juga memohon perintah injunksi bagi menghalang semua defendan daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah yang serupa terhadap dirinya. - BERNAMA

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com