Showing posts with label pengasas wikileaks ditahan di UK. Show all posts
Showing posts with label pengasas wikileaks ditahan di UK. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Assange dibenar diikat jamin

| Friday, December 17, 2010 | 0 comments

LONDON: Mahkamah membenarkan pengasas WikiLeaks, Julian Assange, dibebaskan dari penjara Britain dengan ikat jamin selepas permohonan pendakwa ditolak hakim, semalam.

Keputusan hakim mahkamah tinggi itu disambut dengan jeritan kegembiraan penyokong Assange yang berkumpul di luar mahkamah ketika perbicaraan berlangsung.

Hakim Duncan Ouseley kemudian menetapkan ikat jamin AS$316,000 (RM991,765).

Assange dipenjara sejak 7 Disember lalu selepas menyerah diri kepada polis ekoran siasatan kes rogol di Sweden. - AP

Readmore..

Tuesday, December 14, 2010

Assange akan hadir di mahkamah London

| Tuesday, December 14, 2010 | 0 comments

LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, akan hadir di mahkamah Britain hari ini dalam usaha kedua beliau mendapatkan jaminan selepas ditahan berhubung tuduhan jenayah seksual di Sweden.

Rakyat Australia berusia 39 tahun itu ditahan minggu lalu menerusi waran antarabangsa yang dikeluarkan Sweden.

Penahanan beliau dibuat tidak lama selepas laman webnya mula mendedahkan komunikasi diplomatik Amerika Syarikat yang menyebabkan kemarahan Washington.

Penyokong Assange dan laman webnya dijangka mengadakan protes di luar Mahkamah Majistret Westminster.

Pihak berkuasa Sweden mahu menyoal siasat Assange berhubung tuduhan rogol dan cabul yang dibuat dua wanita berhubung insiden semasa lawatan beliau Ogos lalu. - AFP

Readmore..

Tuesday, December 7, 2010

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, ditahan di UK

| Tuesday, December 7, 2010 | 0 comments



LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, menyerah diri kepada polis Britain hari ini bagi membantu siasatan jenayah seksual di Sweden.

Assange ditahan pada jam 9.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) dan dijadual dihadapkan ke Mahkamah Majistret Westminster Magistrate hari ini.

Assange bersembunyi di satu lokasi tidak dinyatakan di Britain sejak WikiLeaks mula menyiarkan ratusan perhubungan diplomatik Amerika Syarikat di Internet minggu lalu. - AP

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com