Showing posts with label sambutan hari raya aidilfitri tahun 2011. Show all posts
Showing posts with label sambutan hari raya aidilfitri tahun 2011. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

Google papar logo khas raya-merdeka

| Wednesday, August 31, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR – Mereka yang melayari laman web Google hari ini menemui hadiah istimewa daripada Google Malaysia, yang memaparkan logo unik bagi meraikan sambutan berkembar rakyat Malaysia iaitu Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.

Pelawat google.com.my akan dapat melihat logo atau “doodle” Google dihiasi ketupat dan bendera Malaysia bagi menggambarkan ’Merdeka Raya’.

"Kami gembira dapat menambah satu rekaan mengenai Malaysia yang istimewa pada senarai doodle kami, khususnya memandangkan tahun ini sambutan berganda yang amat jarang berlaku.

"Walaupun Google merupakan jenama global, kami mahu seboleh mungkin memaparkan ciri tempatan mengikut cara kami. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya dan Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia,” kata Sajith Sivanandan, ketua negara bagi Google Malaysia dalam kenyataan.

Selama bertahun-tahun, Google menggembirakan pelayarnya menerusi logo sedemikian. – Bernama

Readmore..

Wednesday, August 24, 2011

Lihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos

| Wednesday, August 24, 2011 | 0 comments

KUALA LUMPUR - Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di
Pontian Kecil, Johor;
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka;
Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor;
Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak;
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan
Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.

Di Terengganu ialah di
Bukit Besar Kuala Terengganu,
Bukit Kemuning, Kemaman,
Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu;
Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan
Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di
Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara;
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya;
Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak;
Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com