KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka mengumumkan projek pembangunan baru serta beberapa projek permulaan (EPP), yang akan meningkatkan sektor minyak, gas dan tenaga, pada 30 November.
"Beliau (Najib) akan mengumumkan beberapa projek yang sudah disahkan dan memberikan perkembangan mengenai projek sebelumnya," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala pada Persidangan Bersama MAJECA-JAMECA ke-29 di sini, hari ini.
Idris yang membentangkan kertas kerja Program Tranformasi Ekonomi (ETP) sebelum itu, bercakap kepada pemberita mengenai maklumat terkini dan tumpuan 2011.
Beliau berkata, untuk tahun depan, tumpuan ialah terhadap melakanakan projek menerusi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang penting untuk ETP.
"Semasa memilih bidang-bidang ini, kami yakin ia mempunyai kelebihan saingan dan memberi daya tahan kepada ekonomi untuk menyerap sebarang kejutan," kata Idris.
Mengulas rasionalisasi subsidi, beliau berkata, kerajaan akan membuat kajian semula dan menyelaraskannya pada masa yang sesuai.
"Saya berpendapat apa yang kami sudah lakukan ialah memastikan kami dapat mengurus liberalisasi harga berdasarkan harga pasaran," katanya.
Berdasarkan maklum balas, beliau berkata orang ramai bersetuju terhadap usaha merasionalisasikan subsidi, jika kerajaan melakukannya secara beransur-ansur dan bukan peningkatan besar.
Ditanya sama ada kajian semula itu akan dilakukan setiap enam bulan, Idris berkata: "Kami akan maklumkan kepada orang ramai cara ia dilakukan."
Bagaimanapun, beliau berkata, ia tidak akan diumumkan lebih awal bagi mengelak herotan pasaran, seperti tindakan menyorok barangan oleh beberapa pihak. - BERNAMA
Popular Posts
Showing posts with label tenaga dan gas. Show all posts
Showing posts with label tenaga dan gas. Show all posts
Thursday, November 25, 2010
PM akan umum projek baru minyak, tenaga dan gas 30 Novembe
Posted by
Berita Sentral Semasa Terkini
at
Thursday, November 25, 2010
|
Thursday, November 25, 2010
|
0
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
THERE ARE MORE HERE
-
TIDAK semua lelaki mampu klimaks secara normal. Ada yang terpaksa menggunakan tangan untuk mengurut zakar selama beberapa minit dan memasukk...
-
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu 32 lubang atau kesan tembakan ditemui pada kereta Proton Iswara Aeroback putih yang dipandu Am...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
Warisan Merdeka siap 2015 KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan satu lagi mercu tanda di ibu negara, ...
-
PEKAN: Pemuda yang menetak kepala ibunya menggunakan kapak sehingga maut di Felda Chini Timur 1 di sini, kelmarin, memberi alasan berbuat de...
-
JOHOR BAHRU: Malaysia bakal menjadi antara empat hab minyak dan gas laut dalam dunia, setanding pemimpin industri seperti Amerika syarikat, ...
-
Nikah isteri ketiga Kuala Lumpur: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama ana...
-
Tip Praktikal Memastikan Agar Percutian Menggembirakan Tidak Menjadi Tragedi Ngeri Buat Anda Dan Keluarga 1. Pilih Tingkat Yang Betul ...
-
IPOH: Duta Thailand ke Malaysia, Thana Duangrata, berkata kerajaannya sedang berusaha membawa keluar semua jenazah nahas bas di Cameron High...