Popular Posts
Friday, July 15, 2011
Perhimpunan Bersih 2.0: Truth that Cannot Be Covered
Sunday, April 24, 2011
Pendekatan terbaru Polis Di Raja Malaysia

SAMAN PESALAH SECARA BERSEMUKA : Tanda tanya orang ramai mengenai kekerapan anggota polis mengeluarkan saman secara terbuka kebelakangan ini terjawab apabila polis memaklumkan bahawa pendekatan bersembunyi ketika operasi mengesan pesalah trafik kini tidak lagi digunakan.
"Polis tidak akan lagi bersembunyi di sebalik pokok atau tiang lampu bagi mengesan pesalah trafik seperti sebelum ini. Kita saman terus dan kalau sudah kena saman, jangan lupa bayar. Bagi tujuan itu, polis akan menggunakan bantuan kemudahan teknologi canggih untuk mengesan pesalah trafik seperti kamera litar tertutup (CCTV)", ulas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar sambil mengakui tindakan tersebut berkesan dalam mendisiplinkan pengguna jalan raya.
Sumber : Akhbar Kosmo
Sunday, March 27, 2011
Halang ceramah: Tindakan polis dikecam
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Pelbagai pihak mengecam tindakan pihak polis yang menghalang ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati, Gombak malam tadi.
Majlis tersebut sepatutnya turut melancarkan program Datuk Najib Altantuya (DNA) sebagai respon parti itu terhadap siri fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang juga Ketua Umum PKR.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dalam satu kenyataan hari ini mengecam keras gangguan pihak polis itu yang didakwa bertindak menyalahi undang-undang kerana mengganggu majlis aman yang diadakan dikawasan persendirian.
"Pihak Polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau," kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Saifullah Zulkifli.
Tambahnya, tindakan tersebut juga membuktikan bahawa pihak Umno BN takut kepada kebangkitan rakyat yang menolak fitnah yang dilemparkan.
"AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah Umno BN.
"Polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN," katanya lagi.
Dalam kejadian malam tadi, hadirin tidak puashati dengan arahan polis supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh.
Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.
Akibat kekecohan itu, beberapa hadirin tercedera termasuk wartawan dan pimpinan AMK sendiri.
Tiga anggota AMK turut ditahan polis.
THERE ARE MORE HERE
-
Halang dedah maklumat sulit KUALA LUMPUR: Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
BARU-BARU ini saya menonton rancangan Bang Bang Boom! terbitan sebuah syarikat televisyen swasta tempatan. Slot terakhir rancangan itu memap...
-
1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD 2). Aku adal...
-
KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdeda...
-
Iklan paling mengarut dari TV3. Tidak mengambarkan langsung kemeriahan suasana Hari Kebesaran Umat Islam dari sudut sebenar Islam. Ini yang ...
-
JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata ...
-
KUALA LUMPUR: On Dec 5, it declared that it was in crisis. Yesterday, Malaysia Airlines (MAS) announced that it will cut seven loss-making r...
-
FLORIDA: Elin Nordegren, bekas isteri Tiger Woods merancang melelong barang kemas berjumlah AS$2.5 (RM8 juta) yang diberikan bintang golf it...
-
JOHOR BAHRU: Malaysia bakal menjadi antara empat hab minyak dan gas laut dalam dunia, setanding pemimpin industri seperti Amerika syarikat, ...
