Showing posts with label zahiril adzim. Show all posts
Showing posts with label zahiril adzim. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

Cerekarama - Maafkan Aku [2012]

| Saturday, July 28, 2012 | 0 comments


Cerekarama Ramadhan - Maafkan Aku [2012]


Seluruh warga Madrasah Murafah riuh rendah apabila Firdaus Hazadi ditangkap atas tuduhan menjadi pencuri. Walaupun ada kemungkinan Firdaus dianiayai rakan sebiliknya, Zarul, dia telah dihukum tanpa usul periksa. Pakaian Firdaus telah ditanggalkan, diikat dan dipukul dengan cemeti sebelum dibuang dari Madrasah Murafah. Ahli keluarganya juga tidak mempercayainya kecuali adiknya, Amani. 


Kecewa dengan tindakan ahli keluarganya, Firdaus bertindak meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan. Akibat tertekan, Firdaus terjebak dengan kegiatan mencuri dompet. 


Satu hari, Firdaus telah mencuri beg kepunyaan Marya. Alangkah terkejutnya apabila gambar sahabatnya, Zahrul ada dalam isi dompet tersebut. Rupa-rupanya Marya Khuraisha merupakan teman wanita Zahrul sedangkan Zahrul sudah bertunang dengan Natasya. Dendamnya terhadap Zahrul belum terbalas. 


Akhirnya Firdaus nekad ke rumah Marya di Villa Amrila berdasarkan alamat yang terdapat dalam dompet yang dicurinya. Insiden silap nombor rumah telah membawa Firdaus berjumpa dengan Haji Habsyi yang sangkakan Firdaus ialah ustaz yang datang untuk mengajar cucunya.




Lakonan: Syazwan Zulkifly, Zahiril Adzim, Datuk Rahim Razali, Rosnah Johari, Nora Danish, Hisham Ahmad Tajuddin, Maisarra Syahirah.



Readmore..

Sunday, May 1, 2011

Majlis Pernikahan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob

| Sunday, May 1, 2011 | 0 comments


IPOH: Pelakon Zahiril Adzim dan pengacara Shera Aiyob bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 20 November tahun ini di sini.

Sementara majlis resepsi perkahwinan akan dilakukan serentak untuk kedua-dua belah pihak pada 17 Disember tahun ini di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kedua-duanya terpaksa merahsiakan jumlah wang hantaran dan mas kahwin sehingga menjelang majlis pernikahan nanti.

Pasangan ini mengumumkan tentang majlis tersebut setelah selamat bertunang pada Ahad, di rumah keluarga Shera di Taman Tasek Indra, di sini.

"Syukur, alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan baik. Saya berasa seronok dan teruja apabila selamat mengikat janji setelah lama cuba memikat hatinya.

"Hubungan cinta kami mula berputik sejak sama-sama berlakon dalam sebuah drama berjudul 'Ada Sesuatu Yang Tertinggal'," kata Zahiril yang segak memakai baju Melayu berwarna merah jambu, bersongkok dan bersamping.

Tambah pelakon yang sedang popular menerusi drama Juvana di TV3 ini, dia akan meneruskan kariernya dalam bidang lakonan sebelum mengambil cuti panjang selama sebulan sebelum menjelang hari pernikahannya.

Shera yang mengenakan persalinan berwarna sedondon dengan Zahiril rekaan Hatta Dolmat juga akan meneruskan kerjayanya sebagai pengacara Wanita Hari Ini dan pelakon. Terbaru, Shera muncul dalam filem Karak terbitan KRU Studios.

Kedua-duanya berkata, mereka saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing kerana menganggap tiada manusia yang betul-betul sempurna.

Dalam majlis pertunangan tersebut, Zahiril memberi tujuh dulang hantaran dengan tema warna hijau manakala Shera membalas dengan 11 dulang hantaran berwarna merah jambu.

Shera memilih pelamin berkonsepkan Inggeris dengan tema warna putih dan merah jambu direka oleh Zaid Sulaiman dari Za'ha Wedding Planner manakala solekan daripada Art Of Beauty.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com