Thursday, January 29, 2009

Anak Sultan Brunei dikecewakan Pussy Cat Dolls

| Thursday, January 29, 2009 | 0 comments



LONDON – Hanya seorang anggota kumpulan Pussycat Dolls, Jessica Sutta menghadiri parti khas anak Sultan Brunei, Putera Azim di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Parti itu khas diadakan oleh Putera Azim untuk anggota-anggota Pussycat Dolls dengan kos perbelanjaan dianggarkan sebanyak £150,000 (RM770,022).


Putera Azim yang merupakan salah seorang anak Sultan Hassanal Bolkiah menyewa semua ruang untuk tetamu penting (VIP) di kelab Mahiki, London.Beliau menjangkakan semua anggota kumpulan itu akan menghadiri partinya selepas mereka mengadakan persembahan di Arena 02.

Namun, hanya Sutta yang muncul dalam parti itu.

Putera yang berumur 26 tahun itu merupakan seorang yang dikenali suka berparti.
“Putera Azim menyayangi semua anggota kumpulan itu yang merupakan antara sebab beliau melakukan usaha (menganjurkan parti itu),” kata sumber.

Namun, jelas sekali beliau tidak tertarik dengan parti itu kerana hanya Sutta yang menghadirinya. “Beliau meninggalkan parti itu selepas Sutta tiba dengan hanya tinggal seorang adik dan rakan-rakannya bergembira dalam parti tersebut.

“Bagaimanapun, Sutta berseronok dalam parti itu walaupun Putera Azim bertindak pulang,” tambah sumber itu lagi.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com