10. Lelaki lebih emosional
Ha... tak sangka. Rupanya budak lelaki lebih sensitif perasaannya berbanding budak perempuan. Lelaki dewasa juga didapati mempunyai tahap emosi lebih sedikit dari perempuan, tetapi lelaki lebih cepat mengawal emosi dan menunjukkan muka tak kisah..
Jadi, kalau anak-anak kita masih kecil, kena tengok-tengok sikit anak lelaki kita ni.
9. Kurang daya tahan menghadapi kesunyian
Lelaki berusia kurang daya tahan terhadap kesunyian berbanding wanita. Lelaki yang mempunyai perkahwinan yang stabil didapati lebih sihat, kurang resah dan lebih panjang umur.
8. Lebih bersifat penyelesai dalam masalah
Dalam menghadapi sebarang masalah, lelaki dilihat cuba mencari penyelesaian berbanding memikir dari sudut perasaan.
7. Lelaki memang cenderung memerhati wanita seksi
Ini disebabkan hormon testosteronnya yang lebih 6 kali dari dalam wanita, memang sifat lelaki seperti radar apabila melihat wanita seksi. Walau bagai manapun, kita (orang perempuan) janganlah khuatir sangat ya, sebab biasanya mereka akan lupa dengan perempuan seksi tersebut.
Tapi, apa pun, perkara yang luar biasa mungkin juga berlaku!! So hati-hati.
6. Bersifat mempertahan
Lelaki akan cuba mempertahan apa yang dirasakan miliknya. Dan jika tercabar, memang mereka cenderung untuk bertindak kasar atau ganas.
5. Menjadi boss
Memang menjadi sifat lelaki untuk menjadi boss di mana sahaja. Walau bagai mana pun, hirarki dalam organisasi kerja biasanya dapat menghalang kawlan hormon testoteron ini. Jadi... di rumahlah tempatnya lelaki berpeluang menjadi boss sepenuhnya. (kecualilah ada queen control yang punya hormon testeosteron lebih dari suaminya)
4. Lelaki matang bersaing secara sihat
Kajian menunjukkan, lelaki muda yang tinggi kandungan testosteronnya lebih cenderung bersaing dari segi fizikal satu lawan satu, tetapi semakin berusia, persaingan lebih melibatkan persaingan antara kumpulan.
3. Lebih bersifat ke'ibu'an semasa isterinya mengandung
Lelaki yang isterinya mengandung didapati mempunyai tahap testosteron yang lebih rendah dan tahap prolaktin yang lebih tinggi. Kajian menunjukkan pada waktu isteri mengandung biasanya lelaki lebih bekerjasama. Dicadangkan bahawa feromon (sejenis hormon juga) dari ibu yang mengandung yang memungkinkan sebab ini.
2. Bapa yang bermain dengan anak
Anak-anak yang kerap bermain dengan bapanya didapati dapat belajar lebih baik, lebih yakin dan dapat menghadapi realiti hidup lebih baik.
1. Curang
60% lelaki adalah setia pada pasangannya dan perkahwinan mereka bahagia. Kajian menunjukkan kecurangan biasanya berlaku bagi lelaki yang berumur 30 tahun ke bawah. (kajian ini di Barat sana... mungkin kurang sesuai di sini)
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment