Thursday, May 21, 2009

Pelakon lucah paling tua didunia

| Thursday, May 21, 2009 | 0 comments

ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda, 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis yang jauh lebih muda.

Pengarah filem itu, Gaichi Kono berkata, tujuan penggambaran itu dilakukan adalah untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa kehangatan seks tidak berakhir walaupun di peringkat usia yang sudah lanjut.

Dalam penggambaran kelmarin, Tokuda menggunakan alat penggetar, cemeti dan lilin untuk melakonkan watak pakar seks bagi memuaskan nafsu seorang pelakon wanita berumur 36 tahun.

Filem terbaru itu akan dijual di Internet, rumah jagaan orang tua dan dieksport.

Sepanjang penglibatannya selama 16 tahun dalam industri lucah Jepun, dia sudah beraksi dengan pelbagai wanita semuda 20 tahun hingga sebaya umurnya.

"Saya memulakan kerjaya lucah ketika berumur 59 tahun dan sudah berlakon lebih 200 filem lucah," dakwanya yang berazam berlakon sehingga berumur 80 tahun.

Dia terlibat dalam industri itu setelah tidak berpuas hati terhadap jalan cerita filem lucah yang ditontonnya.

Kata Tokuda, isteri dan anak perempuannya berlakon seperti tidak pernah mengetahui kerjayanya itu. - Reuters

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com