Thursday, May 21, 2009

Halangan setiap kali mahu bersama suami

| Thursday, May 21, 2009 | 0 comments

Soalan

Saya berusia 31 tahun dan telah berkahwin kira-kira dua tahun. Masalah saya ialah sehingga kini saya masih lagi dara. Untuk pengetahuan doktor, suami saya berusia 32 tahun dan tidak mempunyai masalah. Beliau juga penyabar. Sebaliknya, masalahnya berpunca daripada saya.

Pada awal hubungan, saya dapat merasakan berahi tetapi apabila suami ingin memasukkan zakar, saya menjadi seperti kaku dan berasa amat sakit seolah-olah terdapat halangan.

Apakah yang perlu saya lakukan? Perlukah saya menjalani pembedahan membuka selaput dara? Adakah selaput dara terlalu tebal?


RISAU
Nilai


Jawapan

Persoalan ini mungkin kurang sesuai dibincangkan secara terbuka. Walau bagaimanapun, anda usah berasa rendah diri kerana sebenarnya ada ramai pasangan yang datang mendapatkan nasihat serta rawatan masalah yang sama, malah ada yang memakan tempoh lebih lama.

Pengalaman peribadi saya pernah merawat pasangan yang sudah berkahwin melebihi sembilan tahun. Berjumpalah dengan pakar untuk mendapatkan panduan, seelok-eloknya bersama suami.

Lazimnya, penerangan secara visual dan pemahaman dapat meredakan kebimbangan/ketakutan yang menjadi punca utama masalah ini dan bukannya disebabkan masalah fizikal seperti selaput dara yang terlalu tebal. Pemeriksaan doktor juga dapat mengesahkan keadaan ini serta menghilangan gambaran/bayangan yang bukan-bukan.

Jarang pasangan yang memerlukan prosedur pembedahan mengoyakkan selaput dara. Ini juga bukanlah pilihan rawatan pertama, lebih-lebih lagi apabila memahami bahawa 'kesakitan' itu lebih berpunca daripada pengaruh psikologikal sahaja.

Usah tunggu lebih lama, berjumpalah doktor anda.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com