Monday, April 5, 2010

Urut galak kesuburan

| Monday, April 5, 2010 | 0 comments

Tiada bukti urut galak kesuburan

Soalan

SAYA mengalami masalah air mani keluar daripada faraj selepas bersetubuh. Oleh itu, selepas bersetubuh, lazimnya saya meletakkan bantal di belakang punggung supaya air mani itu mengalir terus ke faraj.

Keesokan harinya, apabila bangun tidur, saya dapati air mani terus mengalir keluar daripada faraj hingga ke petang tetapi sedikit. Saya belum hamil tetapi inginkan anak.

Rakan saya memaklumkan kemungkinan rahim saya tinggi dan air mani sukar untuk sampai. Rakan saya itu juga pernah mengalami perkara serupa dan dia berurut untuk menurunkan rahim. Selepas mengurut, dia terus hamil.

Adakah mengurut untuk menurunkan rahim itu salah satu cara yang baik untuk mendapatkan anak? Ada yang menyatakan pengambilan asid folik yang biasanya diambil ibu hamil juga dapat mempercepatkan kehamilan. Adakah ia benar?


TEHA,
Klang, Selangor


Jawapan

TANGGAPAN bahawa air mani sepatutnya naik ke dalam rahim tidak benar sama sekali. Apa yang penting, sperma di dalam air mani itu yang akan berenang ke dalam rahim, air mani akan tertolak ke luar apabila faraj bertaup semula dan lebih banyak lagi keluar apabila berdiri akibat tarikan graviti.

Selepas ejakulasi dalam faraj, sedikit air mani sudahpun dipancut ke dalam laluan pintu rahim. Setelah beberapa ketika, air mani ini akan 'mencair' dan sperma pula akan meneruskan pergerakan ke dalam rahim untuk menuju ke ovum atau telur yang lazimnya berada di penghujung tiub falopio.

Istilah rahim tinggi pula tiada dalam dunia perubatan. Kedudukan rahim sama ada normal ataupun turun apabila berlaku prolaps faraj. Agak musykil mendengar ada saja masalah atau penyakit dikenal pasti apabila seseorang mendapatkan nasihat perubatan tradisional.

Keadaan ini tidak berlaku dalam perubatan moden. Terdapat keadaan di mana ilmu sains moden masih tidak dapat mencari atau menerangkan punca sesuatu masalah.

Selain itu, memandangkan faraj bersambung terus dengan rahim pada bahagian pintu rahim, menyatakan rahim tinggi ke atas juga bermakna faraj juga terlebih panjang sehingga zakar atau jari yang dimasukkan tidak dapat sampai ke pintu rahim.

Namun secara pandangan peribadi, tidak salah untuk anda berurut kerana ia dapat melegakan tekanan, cuma kaitan terus antara berurut dengan kesuburan masih tidak terbukti. Begitu juga dengan pendapat berurut menaikkan atau membetulkan kedudukan rahim.

Berjumpalah dengan doktor anda. Hanya dengan memahami kedudukan rahim yang terlindung di dalam pelvis, anda akan menerima keadaan ia tidak dapat dirasai atau dicapai secara berurut kecuali jika rahim membengkak atau membesar seperti saiz rahim yang hamil melebihi tiga bulan!

Asid folik pula adalah sejenis vitamin B yang dapat membantu menurunkan risiko kecacatan otak dan sistem saraf tunjang bayi (seperti anencephaly) sebanyak sehingga 80 peratus.

Ia murah, mudah diambil, hanya sekali setiap hari dan tersedia dalam dua dos iaitu sebanyak 400 mikrogram atau lima miligram, bermula sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan serta diteruskan sehingga sekurang-kurangnya tiga bulan kehamilan. Ia bukanlah perangsang kesuburan.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com