WASHINGTON: Amaran bahawa cawangan Al-Qaeda di Yaman merancang serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat (AS) diberikan Arab Saudi kepada Washington awal Oktober, lapor The New York Times.
Merujuk pegawai AS dan Euroah, akhbar itu menyatakan amaran Arab Saudi itu diberi beberapa hari selepas pegawai AS memintas beberapa bungkusan pada pertengahan September yang mengandungi buku, akhbar, CD dan barangan lain yang dihantar ke Chicago dari Yaman. Perkhidmatan risikan AS percaya bungkusan itu mungkin ujian untuk serangan itu. Minggu lalu, dua bungkusan yang dialamatkan ke rumah ibadat Yahudi di Chicago mengandungi bahan letupan yang sukar diesan, PETN, tersorok dalam katrij pencetak ditemui di Dubai dan Lapangan Terbang Midlands di Britain.
Semalam, cawangan Al-Qaeda itu mengaku bertanggungjawab terhadap rancangan itu dan menyebabkan pesawat kargo UPS September lalu. - AFP
Siapa musuh utama kita?
8 hours ago
0 comments:
Post a Comment