Sunday, November 7, 2010

Saya tak cantik ke? - Mislina Mustaffa

| Sunday, November 7, 2010 | 0 comments


PERCAYA atau tidak, selepas 15 tahun menghambakan diri kepada seni lakon, inilah kali pertama Mislina Mustaffa dipanggil untuk seisi fotografi.

Biar betul? Patutlah nada wanita berusia 39 tahun itu cukup ceria di corong telefon ketika ajakan itu diajukan kepadanya minggu lalu.

"Studio Utusan kat mana? Saya tak pernah sampai ke sana. Nanti bagi alamat dan landmark ya. Tak apa, make-up dan baju saya cari sendiri," sambung Mislina lagi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Seperti dijanjikan, pelakon yang lahir dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK) itu terpacak setengah jam awal di depan pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. biarpun sesi fotografi bermula pukul 12.

"Mahal kepala botak saya ni. Baru sekarang orang nak panggil sesi fotografi," selorohnya sambil memegang kulit kepala yang tidak berambut itu.

Soalan pertama yang wajib ditanya kepada Mislina, kenapa dan sejak bila dia membotakkan kepalanya?

Kata calon Pelakon Wanita Terbaik bagi Festival Filem Malaysia Ke-23(FFM23) menerusi filem Karaoke itu, mahkota berharga bagi setiap kaum wanita itu 'dikorbankan' sebelum Ramadan lalu.

Ibu tunggal itu melakukannya demi menjayakan watak Zaiton Sameon yang koma selepas kemalangan dalam filem terbarunya berjudul Zaiton Ceritaku.

"Saya membotakkan rambut kerana saya bertanggungjawab kepada karakter dan kerja sebagai pelakon. Saya lakukan ini kerana ia masih dalam kemampuan dan kewarasan. Lagi pun rambut saya boleh tumbuh balik," terangnya sambil tersenyum.

Tambah Mislina, sepatutnya rambut itu sudah sedikit kembali panjang namun terpaksa dibotakkan semula berikutan tawaran berlakon dalam filem Bara Jiwa yang akan memulakan pengambaran pada 12 Disember ini.

Kata ibu kepada Nur Isandra Syazlin, 15, dalam filem arahan Osman Ali itu dia memegang watak bekas banduan yang membuka sebuah rumah komuniti untuk wanita mengandung luar nikah, remaja bermasalah dan juga bekas banduan lain.

Korupsi dan melobi di FFM23.

Bagi peminat layar perak pula, wajah ciri kemelayuan wanita itu dapat ditonton menerusi filem-filem seperti Talentime, Mukhsin, Anak Halal, Puaka Tebing Biru dan Karaoke sendiri.

Selain itu, pentas teater jangan dilupakan kerana di situlah Mislina mengasah bakatnya seperti Opera Ayu Cendana, Dari Bintang Ke Bintang dan Alang Rentak Seribu serta beberapa teater Inggeris.

Berdasarkan semua pengalaman hebat itu, tidak syak lagi nama Mislina menjadi calon utama untuk membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada FFM23 baru-baru ini.

Namun rezeki tidak berpihak kepada anak sulung daripada tiga beradik itu apabila tewas kepada aktres jelita, Lisa Surihani menerusi filem Lagenda Budak Setan.

"Karaoke merupakan sebuah filem yang susah ditonton audiens dan memerlukan kesabaran tinggi serta tidak memiliki nilai-nilai komersial.

"Apatah lagi ia sebuah filem indie, watak yang saya lakonkan tidak banyak dialog. Justeru pada FFM23 lalu, memang Lisa Surihani layak memenang Pelakon Wanita Terbaik," katanya yang memberitahu tidak terkilan dengan kekalahannya pada FFM23.

Diminta mengulas tentang keputusan festival itu yang menjadi kontroversi sehingga kini, Mislina mengakui jelas terdapat 'lompong' apabila wujud unsur korupsi dan lobi-melobi.

Katanya, dua unsur itu sudah menjadi kebiasaan apabila turut menyelubungi mana-mana festival besar di dunia termasuk di Festival Filem Cannes.

"Di Cannes pun wujud unsur korupsi dan melobi. Masalahnya filem-filem yang bertanding di sana semuanya hebat-hebat belaka.

"Sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi dua unsur ini iaitu bermotifkan politik nama dan wang yang lebih berkuasa daripada bakat," katanya meluahkan isi hati.

Malang watak ZaitonEntah di mana silapnya, filem Zaiton Ceritaku didakwa tidak berkualiti dan gagal memenuhi kriteria sesebuah filem.

Malah, Pengarah Urusan syarikat produksi itu sendiri, Bruang Filem Sdn. Bhd. (BFSB), Burhanuddin Md. Radzi kecewa dengan mutu pengarahan Fauziah Nawi dan berhasrat melakukan penggambaran semula keseluruhan filem berkenaan.

Turut terkena tempias apabila nama Mislina dikaitkan antara barisan pelakon-pelakon yang dipilih tidak dapat membawakan watak dengan baik.

"Saya tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya kerana filem itu sudah habis suntingan dan saya tidak terlibat dalam persengketaan ini.

"Tetapi apa yang saya marah apabila etika dan disiplin kerja saya diserang apabila dikatakan tidak berjaya membawa watak itu, tidak mesra media dan tidak popular.

"Ini kerana apabila dia berkata demikian, secara tidak langsung ia boleh menutup periuk nasi orang lain. Bagi saya apa yang didakwa Burhanuddin itu adalah penipuan semata-mata," katanya yang agak emosi apabila bercakap tentang filem Zaiton Ceritaku itu.

Jelasnya, apa yang lebih 'seronok' sekarang apabila dia difahamkan filem tersebut memiliki dua versi suntingan, iaitu masing-masing oleh Fauziah dan Burhanuddin.

"Adalah wajar penerbit menayang kedua-dua versi itu dan biar penonton yang menilainya yang mana satu berkualiti atau tidak?" katanya yang sudah bosan dengan kontroversi tidak bertempat itu.

Mislina berkata, , dia langsung tidak terkilan apabila Burhanuddin merancang mencari pelakon baru yang lebih cantik dan popular untuk watak Zaiton kelak.

"Mislina tak cantik? Itu yang selalu orang kata dan saya sudah lali. Dalam zaman moden ini, macam-macam boleh dilakukan seperti botox untuk nampak cantik dan seksi.

"Tetapi Alhamdulillah saya masih tidak terpengaruh dengan semua itu dan bagi saya, cantik itu adalah perkara subjektif," tegasnya sambil menutup perbualan kami.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com