Friday, November 26, 2010

Proton elektrik

| Friday, November 26, 2010 | 0 comments

PERUSAHAAN Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) akan mengeluarkan kenderaan elektrik Range Extended Electric Vehicle (REEV) yang menggunakan sistem berbeza daripada kenderaan hibrid, tahun depan.

Pengurus Projek, Projek Kenderaan Elektrik Bahagian Teknologi Hijau Proton, Ilham Shamsul Ibrahim berkata, kenderaan elektrik yang sedia ada di pasaran kategori hibrid parallel, namun Proton menghasilkan kenderaan elektrik yang mempunyai kapasiti lebih tinggi daripada jenis hibrid dikenali sebagai REEV.

“REEV menggunakan kuasa bateri, tetapi ia turut mempunyai enjin yang berfungsi untuk mengecas bateri berkenaan dan bukan untuk menggerakkan kenderaan itu,” katanya selepas sesi pandu uji Proton Exora REEV di Cyberjaya, semalam.

Menurutnya, sistem REEV yang digunakan untuk model Saga mampu bergerak sejauh 140 kilometer dengan anggaran kos pengecasan hanya RM6 untuk jarak berkenaan.

“Hasil penyelidikan dan ujian, Proton Saga dijangka mampu bergerak sejauh 140 kilometer dengan sekali caj, namun perlu dicaj semula sekiranya kuasa bateri berbaki 10 peratus,” katanya.

Ilham Shamsul berkata, terdapat dua cara pemilik kenderaan elektrik untuk mengecas semula kenderaan mereka iaitu dengan cara standard atau pantas.

“Bagi cara pengecasan standard, pemilik kenderaan perlu melakukannya di rumah dan ia mengambil masa sehingga lapan jam.

“Untuk cara lebih pantas, pengguna boleh melakukannya di stesen pengecasan semula yang memakan masa hanya 30 minit,” katanya.

Menurutnya, bateri yang digunakan adalah jenis lithium ion polimer dan mampu bertahan sehingga 10 tahun.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada kegunaan pemilik kenderaan dan berapa kerap mereka mengecas semula bateri,” katanya

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com