Saturday, December 11, 2010

Music Warehouse Sale

| Saturday, December 11, 2010 | 0 comments

BAGI penggemar muzik, permintaan album dalam bentuk fizikal seperti cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) masih mendapat sambutan menggalakkan. Menyedari maklum balas positif itu, satu jualan murah secara gudang dikenali Music Warehouse Sale diadakan selama dua hari sejak semalam hingga hari ini.

Acara yang bermula jam 10 pagi hingga 6 petang berlangsung di Wisma Academy, Jalan 19/1, Petaling Jaya, Selangor. Berita baik kepada peminat dan pengunjung, diskaun sehingga 80 peratus diberikan untuk pelbagai album yang dijual.
Menariknya, album yang dijual merangkumi genre seperti kontemporari, pop, rock, klasik, jazz, country, R&B hingga pop yang menjurus bahasa tertentu.

Antara album artis yang terbabit dalam promosi hebat ini adalah Michael Jackson, Lady Gaga, The Black Eyed Peas, Taylor Swift, Bon Jovi, Justin Bieber, ABBA, The Carpenters, Andrea Bocelli, Luciano Pavarotti termasuk artis tempatan seperti Search, Saleem dan Spider.

Begitu juga, album dalam versi Blue Ray untuk konsert live dan filem seperti Salt, Grown Ups, The Karate Kid dan 2012 juga dijual. Bagi peminat yang mencari koleksi cenderamata istimewa artis pujaan mereka antaranya baju T Michael Jackson, Metallica, Guns N’ Roses, Katy Perry dan banyak lagi, ia dijual pada harga diskaun.

Menambah kemeriahan, jualan gudang ini turut melancarkan DVD The 4 Complete Ed Sullivan Shows Starring The Beatles. Album edisi istimewa ini memaparkan empat persembahan awal The Beatles iaitu pada 1964 dan 1965.

“Menonton persembahan dalam album ini seolah-olah kembali ke zaman silam menerusi mesin masa. Begitu juga kualiti dalam album ini cukup menarik dan ia mengubat kerinduan peminat lama dan baru kumpulan tersohor ini,” kata Pengurus Besar, Universal Music Malaysia, Loan Cheong.

Dalam pada itu, AMP Radio Networks akan menyumbang sebahagian hasil jualan kepada persatuan golongan kurang upaya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pengurus Besar Kumpulan, Bahagian Kandungan, AMP Radio Networks, Jake Abdullah pula berkata, jualan gudang seperti ini adalah peluang terbaik untuk peminat mendapatkan album yang mungkin sukar didapati.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com