Monday, December 6, 2010

Pusat latih juruteknik kebun di Melaka

| Monday, December 6, 2010 | 0 comments

MELAKA: Kementerian Pelancongan dan Kementerian Sumber Manusia bersetuju menjadikan Taman Botanikal di Ayer Keroh, di sini pusat melatih juruteknik kebun pertama di Malaysia dengan tujuan melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang penyelenggaraan taman bunga dan pengindahan landskap di negara ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Sri Dr Ng Yen Yen, berkata kementeriannya memilih Taman Botanikal itu kerana ia memiliki ciri sesuai untuk menempatkan pusat latihan berikutan cadangan menaik taraf taman seluas 230 hektar itu sudah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 RMK-10), bermula tahun depan.

“Taman ini memiliki hutan hujan tropika asli dan keluasannya sesuai untuk tujuan pelancongan. Sebab itu kita luluskan peruntukan RM30 juta untuk menaikkan tarafnya dengan membina beberapa laluan tema yang ditanam dengan tumbuhan ulaman kegemaran rakyat antaranya serai, bunga naga, limau purut dan sebagainya.

“Mengikut perancangan, taman ini juga akan dilengkapi pusat penyelidikan biji benih bagi semua tumbuhan herba, rempah ratus dan pokok ubatan yang ada di negara kita, sekali gus memberi peluang kepada pelancong mengenali tumbuhan di situ daripada biji benih hinggalah pokoknya.

“Semua kemudahan itu akan diselenggara oleh juruteknik kebun yang akan ditempatkan di situ, jadi mereka akan belajar dan bekerja di situ sebelum kemahiran mereka dikongsi di seluruh negara,” katanya selepas mendengar taklimat pembangunan Taman Botanikal berkenaan, semalam.

Taklimat hampir sejam itu disampaikan pakar botani negara, Dr Fancis Ng dan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Yang Dipertua Majlis Perbadanan Hang Tuah Tuah Jaya, Kamaruddin Md Shah.

Dr Ng berkata, kerajaan juga bersetuju memasang sistem pencahayaan di seluruh kawasan taman itu bagi membolehkan ia dilawati pada sebelah malam dalam fasa dua program naik taraf itu kerana berpotensi menarik kunjungan lebih ramai pelancong, sekali gus menyaingi Taman Botanikal, Singapura dan Bogor, Indonesia.

Katanya, kementeriannya juga sedia menyalurkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM157.2 juta kepada kerajaan negeri untuk membangunkan kemudahan pelancongan termasuk menaik taraf Taman Seribu Bunga dan pengindahan Sungai Melaka.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com