Sunday, January 2, 2011

KBS sasar himpun 1 juta belia pada Hari Belia

| Sunday, January 2, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan mensasarkan untuk mengumpulkan satu juta belia dari seluruh negara sempena Perhimpunan Hari Belia peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 15 Mei di Putrajaya.

Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ibrahim, berkata tahun lalu, kira-kira 250,000 remaja dikumpulkan pada perhimpunan sama tahun lalu yang berlangsung selama tiga hari.

"Jadi kita optimis dan Jemaah Menteri minta KBS memberikan sasaran untuk dikumpulkan. Sudah tentu 88 program (belia) itu kita tambah lagi dengan ratusan program tahun ini. (Program) tahun lepas akan kita kembangkan lagi," katanya.

Terdahulu, Razali merasmikan Karnival Semarak 1Belia 1Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan Kuala Lumpur di Kampung Pandan di sini hari ini.



Karnival sehari anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan dengan kerjasama KBS itu diadakan bertujuan memupuk semangat cintakan sukan di kalangan belia selain menjadikan aktiviti bersukan sebagai riadah bermanfaat.

Sejumlah 45 acara sukan diadakan seperti Cyber Games, Bola Jaring 3 lawan 3, dan Futsal selain pameran oleh beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Rakan Cop.

Razali berkata, kerajaan akan meneruskan pemberian geran untuk menjalankan aktiviti belia dan sukan kepada jabatan sukan di peringkat daerah dan negeri.

"Biasanya geran ini tidak mencukupi untuk mereka melaksanakan program, memadai untuk pentadbiran saja," katanya, sambil menambah kata geran itu diberikan berdasarkan keaktifan persatuan mengadakan program yang membabitkan belia di kawasan masing-masing. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com