Sunday, January 2, 2011

UUM cadang mohon status Zon Bebas Cukai bagi lonjakkan universiti

| Sunday, January 2, 2011 | 0 comments



SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) akan memohon status zon bebas cukai untuk kampus induknya di sini, dalam usaha melonjakkan institusi itu menjadi universiti pengurusan dan perniagaan bertaraf antarabangsa.

Naib Canselornya, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata pihak UUM kini menyiapkan kertas kerja berhubung perkara itu untuk dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

"Status ini membantu menjana kewangan universiti hasil pertumbuhan perniagaan dalam kampus berasaskan bebas cukai yang dapat mengurangkan kebergantungan kewangan kepada kerajaan," katanya selepas menyampaikan amanat Naib Canselor untuk warga UUM, di sini hari ini.

Beliau berkata, status itu diharap dapat dikuatkuasakan menjelang akhir tahun ini.

Terdahulu dalam amanatnya, Mohamed Mustafa berkata, status bebas cukai adalah antara empat strategi UUM dalam pelan transformasi 10 tahun untuk menjadi universiti pengurusan terkemuka dunia dan sebagai universiti penyelidikan dalam bidang Pengurusan dan Sains menjelang 2013.

"Pelaksanaan akan dilakukan dalam dua fasa iaitu dalam fasa pertama (2011-2015) tumpuan adalah untuk meletakkan UUM dalam peta akademik tempatan, manakala fasa kedua (2015-2020) menjadikan UUM sebagai pusat rujukan dalam bidang pengurusan oleh sarjana luar negara," katanya.

Katanya, strategi kedua akan menumpukan kepada bidang berteraskan "niche" dengan memperbanyakkan penyelidikan, pengkomersilan dan penerbitan jurnal berimpak tinggi, mensasarkan 70 peratus tenaga akademik memiliki ijazah doktor falsafah dan pelajar negara mencapai 30 peratus atau 10,000 pada 2015.

"Penubuhan pusat-pusat pengajian baru dan jabatan-jabatan di kolej-kolej bagi menyerlahkan bidang tujahan (niche) dan kekuatan akademik UUM manakala serta memperkasa aktiviti akademik dan antarabangsa menjadi srategi ketiga dan keempat," katanya.

Beliau berkata, kejayaan fasa pertama akan membuka laluan untuk meletakkan UUM sebagai "Top Business School dan Centre of Excellence" menjelang tahun 2020.

"Melalui strategi ini UUM mensasarkan dapat membaiki ranking sekarang 4 kepada tahap tertinggi 6 sebelum 2015," kata beliau.

Selain itu katanya, menerusi strategi itu juga UUM akan meningkatkan kampus bandarnya dengan membeli sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi dijadikan pusat pelajar bidang pelancongan,katanya. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com