Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya tidak mampu untuk membantu mereka di sana, tapi apa yang saya mampu buat di sini ialah berkongsi untuk kita semua tahu tentang apa yang sebenarnya terjadi di sana. Moga dengan pengetahuan ini kita akan dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka di sana.
Mengapa Berlakunya Krisis Darurat di Mesir?
Bermulanya Revolusi di Tunisia yang menggulingkan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali kerana masalah korupsi yang melampau. Kejayaan Rakyat Tunisia ini telah menyuntik semangat kepada Rakyat Mesir untuk menggulingkan Kerajaan Hosni Mubarak yang juga sangat korup. Kita juga sedia maklum yang Kerajaan Mesir lebih pro kepada zionis dan sering menghalang bantuan ke Palestin walaupun sesama Islam.
Bertitik tolak daripada kejadian Mohammed Bouazizi, seorang rakyat Tunisia yang membakar diri akibat tidak tahan dengan korupsi dalam kerajaan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali, walaupun beliau melaporkan masalah beliau kekejaman terhadap beliau kepada kerajaan, namun ia langsung tidak diendahkan dan kekejaman makin berleluasa dan yang miskin terus ditindas dan yang kaya terus dipuja.
Akhirnya, beliau pada 17 Disember 2010, telah membakar dirinya sendiri tanda protes kepada kezaliman dan kekejaman Kerajaan sedia ada. Kematian beliau telah menyebabkan kemarahan dan membangkitkan semangat golongan bawahan untuk membela nasib mereka sehingga kerajaan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali lumpuh dan beliau terpaksa melarikan diri daripada Tunisia.
Di mesir pula, 2 orang membakar diri di depan bangunan parlimen Mesir di sebabkan tekanan kehidupan di mesir dengan kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah. Berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka.
Akibatnya, rusuhan dan demonstrasi untuk meminta Kerajaan pimpinan Hosni Mubarak berundur dilakukan. Namun Hosni Mubarak tetap berdiam sehinggalah keadaan menjadi makin parah selepas 3 hari dan telah mengakibatkan 35 orang terbunuh
Selasa, 25 Jan 2011 - Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).
Rabu, 26 Jan 2011 - Protes berterusan masuk hari kedua.
Khamis, 27 Jan 2011
- Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.
Jumaat, 28 Jan 2011
- Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.
Sabtu, 29 Jan 2011
- Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar
Ahad, 30 Jan 2011
- Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
- Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika untuk tinggalkan Mesir
- Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.
Akibatnya?
1. Huru-hara dan rusuhan hampir di seluruh Mesir menyebabkan keadaan tidak selamat dan hampir melumpuhkan segala aktiviti di Mesir.
2. Kemudahan internet, telefon dan komunikasi terputus dan diblok. Pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi dan berita serta perkembangan terbaru keadaan di Mesir agak terbatas.
3. 6000 banduan melepaskan diri daripada penjara dan ada di antara mereka menyamar dengan berpakaian polis dan siap bersenjata. Satu ancaman yang cukup membahayakan orang awam.
4. Apabila berlakunya darurat, maka sudah tentu akan berlakunya krisis makanan. Ada di antara pelajar Malaysia di sana yang dikatakan bekalan makanan mereka hanya mencukupi untuk 3 hari. Seterusnya bagaimana mereka akan terus hidup jika dibiarkan sahaja di sana berkurung di rumah hanya menghitung masa dan waktu.
5. Tambang untuk pulang ke Malaysia sudah naik 7x ganda dan belum tentu pun boleh terbang pulang. Jalan-jalan ke airport penuh dengan samseng jalanan dalam usaha mereka untuk merompak dan memeras ugut orang awam.
6. Menurut masyarakat arab di sana, sumber: Suffian Sani (terkandas di Mansurah), dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri (baru tiba di KLIA). Jika dalam masa empat hari, iaitu sampai 2/2/2011 ini, jika Hosni Mubarak tidak turun juga, mereka akan melancarkan peperangan civil. Nauzubulillah.
7. Paling sedih lagi, seorang pelajar perempuan malaysia di Iskandariah telah dirogol, maklumat diperoleh dari "Ummi Medic Mesir". Bayangkan kalau ahli keluarga anda yang terlibat. Jadi marilah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.
Apa yang kita boleh buat?
1. Buat solat hajat dan mendoakan keselamatan rakyat Mesir dan rakyat Malaysia terutamanya pelajar Malaysia di sana.
2. Menulis dan menceritakan kepada sahabat kita. Nak copy paste daripada sini pun boleh.
3. Kongsi berita ini bersama rakan-rakan lain, sama ada melalui tweeter, Facebook, email. Biarkan masyarakat kita sedar dan sama-sama berusaha membantu rakyat Malaysia dan Mesir di sana. Jom kongsi
credit: saudara tenangsudey
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
4 days ago
0 comments:
Post a Comment