AMPANG: Menggunakan bayi sebagai umpan, seorang wanita menipu sebelum melarikan lima telefon bimbit dan dua komputer riba di sebuah pusat rawatan kecantikan di Dataran Prima, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, wanita terbabit yang berusia 30-an membawa bayinya ke pusat rawatan kecantikan berkenaan dan memberitahu dia mahu berbincang berhubung rawatan muka untuk adik perempuannya.
Menurut sumber polis, wanita terbabit merancang terlebih dulu untuk melakukan perbuatannya itu dan berpura-pura berbincang untuk mengatur sesi rawatan buat adik perempuannya.
“Selepas berbincang, wanita terbabit memberitahu adiknya akan tiba di premis itu dalam tempoh sejam kerana mempunyai urusan kerja. Dia memberitahu mahu bersiar-siar sementara menunggu adiknya,” katanya.
Sumber itu berkata, wanita terbabit menggunakan identiti palsu ketika mengisi borang.
Menurutnya, beberapa pekerja berkenaan membiarkan wanita terbabit bersiar-siar dalam premis itu sebelum mereka masuk ke dalam bilik rawatan.
“Bagaimanapun, pekerja berkenaan terkejut apabila mendapati tiga telefon bimbit dan dua komputer riba di kaunter lesap dan wanita terbabit bersama bayinya tidak kelihatan.
“Mengesyaki wanita itu mencuri, mangsa membuat laporan polis dan dia mengalami kerugian kira-kira RM5,000,” katanya.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
3 days ago
0 comments:
Post a Comment