Thursday, March 3, 2011

Elak nikah berwali orang jarang solat

| Thursday, March 3, 2011 | 0 comments



SAYA mempunyai kemusykilan mengenai isu wali memandangkan saya akan berkahwin tahun ini. Ayah saya seorang yang baik dan bertanggungjawab dalam menguruskan keluarga. Namun, ayah jarang mengerjakan solat fardu mahupun solat Jumaat.

Saya ada dengar pendapat sesetengah pihak mengatakan jika seseorang tidak menunaikan solat Jumaat, dia dikatakan murtad. Adakah ayah saya layak menjadi wali dan jika tidak, bolehkah adik saya yang berusia 19 tahun menggantikannya?

RISAU
Pulau Pinang



Murtad ialah orang yang keluar daripada Islam dengan akidahnya. Ia berlaku dengan pengisytiharan diri keluar agama atau dengan perbuatan seperti menyembah selain Allah.

Jika sekadar meninggalkan solat fardu atau solat Jumaat, belum lagi murtad sebaliknya hanya tergolong orang yang fasik, berdosa dan perlu memohon ampun.

Dalam hal ini, sebelum bapa menjadi wali, hendaklah dia bertaubat dan memohon ampun terlebih dulu.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com