Thursday, March 24, 2011

Isu video seks muslihat politik

| Thursday, March 24, 2011 | 0 comments



Dua Ahli Parlimen Bebas dakwa Anwar terdesak berkaitan sampel DNA

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Bebas mendakwa penyiaran video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah muslihat politik untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu sampel DNA yang sedang dihadapi Ketua Pembangkang itu.

Mereka mendakwa Anwar kini berada dalam keadaan terdesak berhubung isu sampel DNA dan terpaksa mengalihkan isu yang dihadapinya dengan isu lain.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata isu DNA masih belum terjawab, malah ada pemimpin PAS yang sudah memberikan amaran kepadanya supaya menyerahkan DNA bagi membuktikan kebenaran atau mendesak PAS mengkaji semua hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya cuma boleh mengesahkan bahawa kami (Konsensus Bebas) terima maklumat daripada sumber dalaman yang sahih dalam PKR dan setakat ini maklumat mereka adalah tepat.

"Kita perlu ingat bahawa keputusan (mahkamah) berhubung DNA itu esok (hari ini) dan DNA ini adalah isu yang Anwar tidak boleh nak jawab,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Zulkifli juga menyoal mengapa Anwar secara tiba-tiba membuat kenyataan mengatakan beliau tidak terbabit dalam video itu.

“Kenapa (Anwar) perlu kata dia (tak terbabit). Sedangkan tiada sesiapa pun yang tuduh dia. Kemudian dia boleh ‘describe' (memperincikan) orang (pelaku) dalam video itu. Dia kata dia tak tengok tapi dia kata orang itu perut buncit. Macam mana dia boleh kata orang itu perut buncit sedangkan dia tak tengok?

“Jika Anwar boleh begitu cepat bertindak menafikan video seks itu yang langsung tidak menyebut beliau sebagai pelaku, mengapa tidak mengambil tindakan cepat memberikan sampel darah untuk DNA bagi menafikan tuduhan liwat dihadapinya,” katanya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrin Hashim turut mendakwa video seks itu satu muslihat politik.

“Muslihat politik sebenarnya ialah untuk mengalihkan perhatian daripada kes sebenar yang dikaitkan dengan isu DNA di mahkamah. Saya kena buat pengumuman ini sebab ini yang kami terima dan dianggap sebagai satu muslihat.

“Jadi kita tidak mahu mereka yang tidak menonton video ini memberi komen sebab itu kami percaya perkara ini satu muslihat sebab banyak benda yang tak kena,” katanya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com