Thursday, March 24, 2011

Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay, Shuib adalah 'Datuk T'

| Thursday, March 24, 2011 | 0 comments


PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, mengakui beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah tiga orang di sebalik pendedahan video seks mengaitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di sini sebentar tadi bagi menjelaskan persoalan berkenaan "Datuk T" dan rakaman video yang didedahkan kelmarin.

Beliau berkata, "Datuk T" adalah nama samaran bagi ketiga-tiga mereka.

Serentak itu, beliau mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang turut dianggotai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan wakil media.

Diminta mengulas lelaki dalam rakaman video itu, beliau enggan menyebut nama tetapi memberi bayangan bahawa "lelaki itu mungkin menjadi PM".

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com